Tuesday, September 29, 2009

Update Raye





Huarghhhhggh! Kejapnye dah seminggu cuti..Dah stat keje balik kan?Sebenarnya malas lagi nak stat keje.Hahahaha..So,macam mana raya korang?Syiok?Saya punya raya pun syiok jugak. Tahun lepas sambut raya berdua,this year sambut bertiga plak. :) Yang paling best si budak kecik tuh la banyak kutip duit raya.Jeles mamanya tengok :D.

Raya 1 pas sesi fotografi gie beraya di rumah sedara MIL dekat jer dengan rumah. Then,raya 2 plak gie rumah sedara FIL di Serom,then ke bandar Muar ada open house sedara MIL,my MIL la happy jumpa balik sedara,kami tak kenal sapa pung.Hahahah

This year theme -Blue.Tapi baru pasan,dinding tuh pun biru. Time tuh plak budk kecik tuh tido Aiyak! :D.


Hannah baru bangun tido.


Raya 3 siap-siap nak balik Perak pulak gi Tepeng kampung mama saya. Tapi transit Rawang dulu tukar keta. Pas isyak,gerak ke Tepeng.Sampai Tepeng kul 11.30 malam. Sempatlah celebrate birthday saya :). Nasib sampai kul 11.30, masih lagi 22 September :D



Kek yang sedap


Makcik saya buat mee nih.Pun sedap



Raya 4 pulak bawak my husband ke Kuale(read:Kuala Kangsar) sedara belah mama saya.Kemudian berjalan di Lembah Kuala Kangsar. Ingatkan nak gi Galeri Sultan Azlan Shah,tapi ujan plak. Petang tuh plak gi jalan2 di Taman Tasik Tepeng. Bawak Hannah naik feri (sebenarnya saya pun 1st time naik feri.kwang kwang kwang)



Rumah makcik di Kuale



Galeri Sultan Azlan Shah

Masjid Ubudiah



Atas feri



Raya 5 plak gie kenduri my couz. Theme colour is gold. Pastu beraya lagi di rumah sedara mara belah abah saya plak.Then terus pulang ke kampung abah saya.

Pengantin baru

Raya 6 siap-siap balik KL. Tapi jalan-jalan dulu di Pekan Teluk Intan. Gie Menara Condong Pisa Teluk Intan and beraya rumah my husband's friend. Sampai Rawang kul 9.30pm



1st time jugak gi sini.hahahah

Raya 7 gie kenduri kawen jiran depan rumah,beraya rumah kawan saya n rumah couz halim.Sampai rumah jer rumah orang kawen tuh tgh sakan berkaraoke. Sampai kul 12 malam tuh.Pening + tension betul. Dahlah nyanyi syok sendiri. Nasib lah si Hannah tido nyenyak. Dengan bunyi mercun lagi. Saya yang tak senang tido.
Itulah choronology aktiviti seminggu raya saya.
Mak ai..inilah entry saya yang paling panjang...Hahahaha


Tuesday, September 22, 2009

Ehem..ehem..sudah tambah lagi..

Tambah apa?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Oh tidak! Adakah ini betul? Saya sudah bertambah setahun lagi? 29 tahun? Huhuhuhu,sudah berada di hujung 20-an. Tahun depan sudah masuk era three o...Tapi,saya tetap merasa muda. Dan orang masih sangka saya masih awal 20-an.Awwwwww :D


Apa-apa pun,syukur Alhamdulillah,kerana masih diberi peluang untuk hidup selama 29tahun di atas muka bumi ini. Semoga saya dikurniakan kesihatan yang baik dapat menikmati hidup bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang...



Birthday saya masih lagi mood raye...Sekarang masih di Muar,akan ke Perak untuk beraya bersama family saya n menghadiri my cousin's wedding.








Monday, September 21, 2009

Lapan sudah..




(Ini adalah entry schedule)





Pejam celik pejam celik dah 8 bulan dah umur dia nih..Alhamdulillah dah ada beberapa perkembangan.





* Dah makin makin makin LASAK...Panjat sana panjat sini.


* Memang tak boleh tinggal kejap. Kadang2 terpaksa letak dalm walker,nak bagi dia senyap.

Tapi,barang sebentar jer,pastu uwaa..uwaaa...sebab dia bosan.


* Adakala suka mengomel.


*Suka meleset(menurut kata husband saya-maknanye,mengendeng-ngendeng)


*Dalam fasa ke 3 nak merangkak..angkat bontot,pastu nak angkat tangan sikit.Tak sabarnye

nak tengok dia merangkak.( I hope by the time this entry is published,dah boleh merangkak)





Bluarrghh!


Alo amoi,mana mau pegi?




Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya


SELAMAT HARI RAYA kepada kawan-kawan mama saya..Saya sekarang ni di Muar rumah atok saya...



Nak tau cerita raya selanjutnya,tunggu mama saya balik dari kampung yar :)


Babai...







Selamat Hari Raya.Ayahngah,jangan lupa pos duit raya pada Hannah tau! :)





Thursday, September 17, 2009

Lagi 15 minit

Lagi 15 minit jer...


Pastu...



CUTI!!!!


Yaayyyyy! Esok dah start cuti sekolah!!





















Ok..Selamat Hari Raya kepada kengkawan ku..Maaf Zahir Batin. Jemputlah saya ke rumah terbukak anda yar (Ceh tak malu-self invite! Muahahahah )







Wednesday, September 16, 2009

Sampainya hati si anak

Sedih hati saya bile membaca ini.


Selalu tgk terjadi dalam cerita tv jer. Semoga ia menjadi iktibar kepada saya juga. Saya berharap saya tidak melakukan dan diperlakukan seperti itu.


Minta dijauhkan....


Tolong!

Mood mengajar adalah tiada pada hari ini! Sebab baru dapat tau one of my pupils nak pindah sekolah. Dia nie joker dalam kelas..Nak pindah pas raya plak tuh.Cepat betul.




Hmmm....tolong lah mood mengajar datang...