Wednesday, March 31, 2010

Petang semalam di Hospital Selayang

En Halim and I decided to go to Hospital Selayang for further checkup sebab Hannah asyik muntah jer. Masuk apa sahaja pun kuar balik. We all sampai hospital dalam kul 6. Selepas di soal siasat oleh doc yang bertugas,the doc decided that Hannah kene buat IV drip. Which means Hannah kene cucuk untuk amik darah! Huhuhuhu, time M.A tue tgh prepare everything dia tak nangis lagi. Bile time dia cocok...Uwaaaaaaaa!!!! nangis yang jenis mendayu tuh..sedih jer saya tgk. En Halim lagi lah selamat duduk kat luar,tak nak tengok.

Then,tunggu tempat pulak untuk buat drip tuh sebab penuh pulak dengan patients. Actually kitorang dapat bilik athma untuk buat IV drip Hannah tuh, katil tarak,so duduk atas kerusi. Hannah dengan badan lembik,muka monyok ngantuk,tertido atas kerusi tuh. M.A kat area athma room tuh sian tgk Hannah terbaring atas kerusi,dia bawak kitorang kat wad sebelah,ada katil,selesa sikit Hannah tido. Masa nih merengek ajer dia. Nak memerap.

Lama jugak lah proses drip Hannah tuh. Kul 9 lebih baru setel. Masa nak tunggu En Halim kat lobi hospital, terdengar ada orang tanya pasal Din Beramboi. Baca newspaper hari ni,rupanye dia dah 4 hari dok Hospital Selayang tuh. Sampai rumah kul 10. Pergh! lama betul. Malam-malam,badan Hannah panas betul. Tak lena dia tido.

Update untuk hari ni, Hannah dah boleh nak masuk susu dan makanan sikit-sikit,tak muntah. Hari ni En Halim cuti. Saya pulak ada lawatan bawak budak ke Aquaria. Tiap 1-2 jam saya kol rumah Kepong tanya pasal Hannah. Alhamdulillah dia impruving. Dah boleh senyum,jerit,jalan-jalan sikit. Tapi dia dah kene cirit pulak dah.

Mencabar betul Hannah demam kali ni,badan lembik,tak de mood,merengek,memerap jer.


Nantilah,bile ada time,saya update dengan gambar masa dia di Hospital Selayang.


Tuesday, March 30, 2010

Demam...

Siapa yang demam? My Hannah demam :( Actually start demam hari Sabtu petang,tapi on off on off. Tapi,start semalam petang dia muntah. Babysitter bagi makan,kuar balik,ayah dia bg makan,kuar balik,minum susu,minum air masak,minum ubat,semua keluar balik. Risau saya. Bawak gi klinik,doc said tekak dia merah,tuh yang demam,then perut jadi tak selesa tuh yang muntah tuh.

Sebelum ni,Hannah ada jugak demam tapi tak de pun muntah-muntah. Bila malam,badan dia panas je,tido pun pakai diaper jer. Semalam,dia tetap aktif macam biasa,cuma tadi jer saya kol babysitter,pagi tadi dia merengek sikit,main pun tak sangat.

Orang cakap demam nih nak dapat sesuatu..or,memang musim budak demam?






Friday, March 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY!!

to......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

MY PIECE OF THOUGHT!!!

Ish ish..tak sangka dah SETAHUN dah blog saya nih ek..hehehhe,macam2 cerita ada dalam blog nih.But mostly story about my cheeky girl la..Tak kesah la, dah tagline pun "Whatever in my mind" kan.. :) Moga blog nih akan terus aktif with updates,moga the owner of this blog mempunyai sikap yang rajin untuk update blog..heh heh heh...Moga blog nih tak bersawang-sawang..hahahaha






















Thursday, March 25, 2010

Hannah @ 14 months

Dah lebih 4 hari dah sebenarnya :) Semalam bawak Hannah check up at klinik desa. Alahai,naik 200g ajer! Dari 8.1 kg ke 8.3 kg. Nurse bagi pil ubat cacing soh makan. Nurse cakap lagi,dia sekarang dah boleh makan apa yang kita makan. Tapi,saya tak nak lah yo yo o bagi apa yang kita makan pada Hannah,berpada pada jugak.


Hannah sekarang, Masya Allah,semakin aktif! Kemahiran memanjat dia sudah semakin tinggi! Rumah parents saya ni dia asyik tuju tangga je. Kalau baru bangun tido,bila dia nampak tangga jer,terus nak panjat. Mula2 parents saya hadang dengan kerusi meja makan tuh. Tapi,ada satu kali tuh,dia sudah berjaya panjat sampai ke atas ko! Bapak saya yang perasan,lagi 2 anak tangga je dia nak naik.Huuuu,seriau sungguh. Kitorang pun tak tau macam mana dia boleh naik,padahal dah hadang tuh. Kitorang punyer conclusion maybe dia menyusup bawah kerusi tuh.

Macam-macam cara parents saya buat untuk hadang Hanah dari naik tangga.But,everytime my parents do that,she seems to find a way to go upstairs.Sudahnya,parents saya letak papan tilam tuh buat penghadang. Kat dapo pun parents saya letak benda yang sama jugak.Sebelum letak penghadang tuh,dia suka pegi kat bawah sinki tempat mana mama saya letak tapis,bekas dan sewaktu denganya, Tugas si Hannah adalah mengemas kembali benda-benda tersebut. Kengkadang dia imitates balik cara kita memasak. Hahahhaa. Meja kopi kat depan tuh,kalau kita tengok,sure budak tak boleh panjat,tapi not for Hannah.She can climb the coffee table and the chairs kat hall tuh selamba jer. Kerusi meja makan pun sama.Ish ish...Memang penat nak menjaga dia nih time aktif nih :)

Hannah nih suka menjerit.Bila dia menjerit aduh,bingit telinga. Bila kita buat "Shhhh!" kat mulut. dia pun buat jugak,tapi dia letak jari dia kat telinga. Hannah suka berkawan,bila dia nampak toddler yang sama baya,mesti dia tuju kat budak tuh,nak berkawan.

Bila dah dapat kaki ni,dia suka,menari2 pastu main pusing2 sampai pening.Kelakar tengok.Tapi risau jugak biler dah pening,tak stabil,nanti jatuh terantuk. Dia jugak suka main bola. Nie ayah dia lah nih :D



Enjoy the pictures....



Ada gaya seorang model kah? :)


Nak jalan sendiri nih,tak nak mama dia pimpin






Siapa yang busyuk tuh? :)


Tuesday, March 23, 2010

Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway

Once again I try my luck to join this giveaway...



Syarat-syaratnya sonang ajo ada 2 kategori:



Kategori A:

1.Peserta wajib ada blog sendiri.Copy dan paste banner giveaway beserta link ke blog ini,pada side bar blog anda.
2.Then, just tinggalkan komen dan url blog anda pada ruangan komen giveaway ini okeh?Nyatakan anda menyertai kategori A.Senang kan?
3.Satu hadiah misteri buat pemenang, akan ditentukan oleh cabutan bertuah by the birthday girl (harap dia tak masuk mulut lah kertas undi tu)...kalau anda dapat agak, sy gilakan barangan baby yang mana, maybe dah dapat teka apa hadiahnye! :) suspens..suspens...oh ya, takde limit umur anak, mahupun umur mak , ibu-ibu atau bapak-bapak dlm kategori ini hihihi... :P
4.Syarat tambahan: Peserta luar dari Malaysia leh join, tapi kos pengeposan hadiah ke luar negara hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anda sekiranya menang!

Kategori B:

1.Peserta musti ada blog sendiri jugak!Copy dan paste banner giveaway pada side bar blog anda.
2.Buat satu entry khas tentang giveaway ini bertajuk: "Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway". Jangan lupa copy paste banner giveaway dlm entry tersebut.
3.Since Mama E-ein sangaaaaaat suka pada babywearing, anda perlu upload satu gambar anda dlm aksi "babywearing" bersama anak anda, samada menggunakan ringsling, Mei Tai, pouch sling atau lain2 jenis material babywear moden atau tradisional.Upload gambar je, tak perlu story mori pasal gambar tu, unless u want to!Gambar baru atau lama2 , boleh aje!, tapi mesti anak sendiri, bukan anak orang mahupun anak patung!No limit bila tarikh anda amik gmbr tu ye?Dan juga no limit berapa umur anak anda sekarang.Janji gambar terang /clear!**Jangan lupa mention nama dan tarikh lahir anak ye..:)
4.Tinggalkan permalink/link entry tersebut pada ruangan komen dan nyatakan anda menyertai Kategori B.
5.Juri adalah rahsia (maybe seorang atau dua).Keputusan adalah muktamad!
6.Ada satu hadiah bagi kategori B iaitu jeng jeng jeng....something from Snuggbaby.com! Rasa2 ramai babywearing moms dah tau apa produk2 Snuggbaby ni kan? Dah menang nanti baru dapat tau ape dia bendanye heheh... Kasi suspens sket!

**Syarat Khas, sayugia diingatkan, anda boleh menyertai satu kategori sahaja...kalau dah masuk Kategori A, tak leh masuk dah Kategori B, dan vice versa!

Giveaway bermula dari 18 Mac 2010 sehingga 31 Mac 2010!*

*Tamat pada jam 12 midnight, 31 March 2010

Kan senang kan?

Siapa nak join,boleh gie blog ni









Layang melayang layang

DUITKU TERBANG MELAYANG MENINGGALKAN DAKU TERKAPAI-KAPAI!!



Hari Ahad lepas nak balik Kepong,stop kat traffic light FRIM tetiba kereta jadik macam tersengguk-sengguk. Dah sampai Kepong, En Halim check, exhaust ada bunyik pulek.

Tadi abah saya kol dari workshop saya selalu hantar keta,mekanik cakap dalaman engine ada problem lah, kene tukar satu set,tak boleh tukar satu-satu. Set tuh jer dah RM700! Huhuuuhu..

Sebelum tuh gie check kat tpt yang sama,mekanik cakap break shoe kat belakang kene tukar,absorber kat belakang kene tukar jugak.Itu jer dah RM300! Huwaaaaa!!! Dapat gaji buat bayar keta jer...All the parts kene order dulu. Saya takot nanti jadik macam tahun 2008,ada part kene tukar,tapi sampai 2 bulan kete saya tersadai kat workshop tuh.Sebabnye Savvy ku ituh model lama,part yang ada tak sesuai dengan kete saya. Last-last jumpa kat negeri lain. Terseksa saya time tuh,hari-hari balik sekolah,tumpang kawan and naik Komuter. Then tunggu En Halim datang jemput. Sedey betul keadaan time tuh..







Hmmm....bulan nih,budget lari giler!!!!




Monday, March 22, 2010

1st day

Selamat kembali ke sekolah...My 1st day school,ok jer,cuma hari nih ada 4 orang cikgu praktikum untuk pendidikan khas datang ke sekolah.heh heh heh,muka memang budak-budak lagi.Diorang praktikal untuk sebulan jer.Napa lah kejap sangat.Tak sempat nak buli soh buat keje.Ahahahahah.Hari ni diorang tuh berjalan-jalan lawat sekolah jer. Start esok baru diorang masuk ngaja....