Sunday, November 21, 2010

Dublin trip Part 2

















Ya ampun!! Lama tak update blog nie...Biasakla alasan yang cliche "Busy" :)


So we continue to the part 2

05112010

My bro's convo on this date. Petang dalam kul 3 gitu. Tapi pagi-pagi harus menghirup udara nyaman sejuk dulu...So,kami jalan-jalan sekitar hotel ajer. Pastu,nak jalan-jalan di town pulak. Plan nak gi Wax Museum. Luckily we don't have to go to Madame Toussard(sorry if wrong spelling..heheheh) kat London nu...Dublin pung ada :)

Adik saya bawak kami ronda-ronda naik double decker Dublin version :) Saya tgk disebabkan jalan-jalannye yang ngam ngam jer,so, takde la drivers nih nak menyelit-nyelit kalau traffic jam. Bagos jugak kan ,tak de kita sakit hati orang suka suka jer potong line kita.


Mari layan gegambar ini..


Good morning! Saya dah ready nak ronda ronda lagi...


Hotel view from across the road




Terusan di seberang hotel




Statue ini telah di salah ertikan oleh En Halim bila dia melihat dari tingkap bilik kami the day before. Dia ingatkan orang yang suka melepak pagi petang siang malam :D



Selalu tgk dalam buku jer itik berkepala hijau. Now I can see in real..Itik overseas memang gini :)

Lorong di belakang hotel


Bergambar dgn Uncle Kavanagh, a poet

Naik bas nak ke town


Bangunan yang cantik

Dah sampai tempat yang dituju. Sila perhatikan budak ekcik itu sedang berusaha meloloskan diri



The Wax Museum


Berani tuh salam dengan pak guard muzium :D

James Joyce. Dulu pernah belajar poem dia-Pn Fatin, ingat tak? ;)


En Halim dengan Oscar Wilde.Pun pernah belajar drama "The Importance of Being Ernest"

Gollum tersesat di sini



Dr Jeckyll. Siap buat effect lagi,boleh bgn sendiri..Terkejut tau!

Hannibal Lecter-Nie pun sama. Gie dekat dia,siap goncang-goncangkan bar tuh

En Halim berjaya membunuh vampire


Jack and the beanstalk-Kids section


Hi Bob!
Can I poke your eyes?

PLepas gi muzium,kami gi TCD-Trinity College of Dublin. The oldest Uni. Establish in 1592. Mula-mula gi solat dulu. Adik saya bawak gi musolla ntah ceruk mana,belok situ belok sini,akhirnya jumpa. Dalam musolla tuh ada jumpa pelajat Malaysia. Yang postgraduate and undergraduate-junior baru masuk.

After that,kami gi lunch pulak. Makan di kedai yang jual roti naan/kebab. Bila sampai makanan,amik ko,kuah dia boleh 2 orang makan. Saya terlupa portion kat sana tak sama macam di Malaysia :) Tak habis pun saya makan..huhuhu..

Sementara adik saya amik tux and robe,kami jalan-jalan sekitar TCD,sangat cantik bangunan dan style nyer..


Main entrance of TCD. Sungguh bz orang keluar masuk.


Map TCD



Sebelah kanan tuh tpt adik saya convo. Kiri pulak gereja.



Nie masa on the way to go to the musolla.



Inside TCD



Restoran roti naan.


Dari pandangan dalam restoran. Kat Dublin nih ramai homeless people. Tapi yang dok menadah tuh muda lagi,masih kuat kudrat. Sian kan..



Main entrance-pandangan dari dalam kawasan.




Wah! wah! Macam James Bond..


Budak yang obsess dengan tangga :D

Bergambar sebelum masuk dalam dewan jumpa dengan Dumbledore..Wakakakaka -get my joke?



Jumpa sedara kat sini. The one beside my mom.


The hardest-to-catch-shot ;)

Sementara tunggu adik saya abih convo,kami jalan-jalan kat town. This was at the souvenier shop-Carrols. Quite affordable. Sampai 3x gie sini.Hahahahaha

Tiba-tiba terasa rugi tak beli T-shirt HRC sini...Hmm....


Dah habis ceremony. Time nih pulak battery weak...Sorrylah blur ek :) Oh yer,nak tau pukul berapa masa ni?Kul 5 petang. Gelapnye mcam senja. Tapi memang dah masuk maghrib pun


My bro's classmates. Beside him student from Japan. Minah n mamat kat belakang tuh from Malaysia..Time nih kalau tak salah dah kul 6 lebih. Dah masuk Isyak.

Bila dah habis programme,graduates gie sini untuk amik gambar

Makan-makan and borak-borak. Saya tgk waiter/waitress pegang makanan macam nugget,tapi tak tau lah apa ingredients nye..bau sedap tuh :)


My bro and his scroll written in Latin.

Saya tgk video abah saya record,ceremony diorang sangatlah simple. Takde meriah macam Malaysia. Ada sorang tukang announce nama,sekali 5, and bagi scroll setiap seorang. Bila turn sebut nama adik saya that person said "Moh (m-o-h) instead of "Mohamad" heheheh,yerla,mana diorang nak tau pronounce macam mana :)



Huarghhhhh..penatnye! Sambung part 3 pulak


Part 1


Tuesday, November 16, 2010

Eidul Adha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk kengkawan






Semoga pengorbanan yang kita lakukan memberi pengertian yang bermakna dalam hidup...








Hari ini saya last day...cuti Hari Raya terus sambung dengan cuti sekolah...Yipppeeeee!!!!




Petang nih jugak balik Muar..dah berapa lama dah tak balik. MIL dah dok tanye-tanye bila nak balik :)







Saturday, November 13, 2010

Dublin trip Part 1


























































Hehehehe,dah basi kot citer nih...Tapi tak kesah,nak citer jugak..Dalam entry ni, saya dah bagi hint sikit..So nie la yang "something enjoyable" tuh :)


Gi Dublin sebab nak tgk my bro graduation.. 1st time in my life dapat gak gi luar negara naik flight(Walaupun dah penah gi Singapore,tapi itu luar negara yang dekat..heh heh heh..boleh kah mcm tuh?) Hahahaha..kesian kan? Kami naik Etihad Airways. UAE punyer. Kene transit. KL-Abu Dhabi-Dublin and the other way round.Ok la,not bad. Yang bestnye,kat seat screen tuh,siap tunjuk doa naik kenderaan,so,rasa terjamin la keselamatan :) Saya rasa MAS patut jugak buat macam ni,sebelum takeoff siarkan doa naik kenderaan tuh.


*Pic from Etihad website


03112010
Flite dari KLIA kul 8.20 tapi pas Asar dah gerak dari Kepong,nak elak jam. Bila dah sampai airport biasakla,budak kecik tuh,nak lepas ajer. Bila dah check-in nak ke Terninal C tuh kene naik shuttle bas,sebab aerotrain tgh upgrading system.Cheh,tak merasa saya nak naik aerotrain :D.


Etihad counter. Tak ramai orang check in,so kejap jer .


Terminal C,waiting for boarding


Inside the plane

Senang, tak payah stewardess nak tunjuk demo :)


Dah dapat kawan baru.Tapi tak tau nama. Dia berdua dgn mak dia jer.(yg belakang tuh)


Budak Hannah nih dalam plane pun tak dok diam,kejap nak gi kat tpt parents saya,kejap nak gi kat tpt kami.Dalam plane siap berjalan depan belakang..Tegur-tegur orang.Tak takut langsung.Time nih tak ramai org,so seat byk kosong,diorang belasah sorang 4 seat yag tgh tuh,sorang 2 seat yg tepi tingkap tu untuk tido umpama di rumah :).

Cabin crew dia asyik la offer air jer kat passenger. Berapa kali saya dok ngulang gi toilet :D



My dinner-Up left- Kuah kacang with ulam-ulam. Up mid- Otak-otak and timun.Up-right-bun. Below left-butter n biscuits. Below right-Pasta with cheese. Yummy!. Ini jer pun amik ga,bar makanan,lepas-lepas tuh dah tak snap dah. Sibuk layan Hannah nak makan itu ini :D



Kami sampai Abu Dhabi Airport dalam kul 11.30pm on the 3rd Nov tuh.Transit dalam 3 jam jer. Kul 2.15am flight ke Dublin.Quite busy. Ramai jugak orang. Ada yang nak gi haji,dah siap-siap pakai ihram. Macam diorang nih gie sendiri-sendiri jer..Saya tgk rata-rata yang keje kat kedai-kedai dlm airport tuh bukan local. Ramai yg saya nampak Filipino.



Dah sampai Abu Dhabi Airport.

Orang lain duduk-duduk tido,dia pun nak join jugak


04112010
Sampai di Dublin Airport kul 7.30 pagi. Masa immigration tuh punyer la banyak soalan.Berapa hari stay,purpose of coming,how many..Fuhh..Adik saya siap tunjuk surat graduation dia lagi kat minah tuh.Saya dah la nak gi toilet,before counter immigration tuh tak jumpa langsung toilet. Bayangkan saya menahan dari dalam plane bile dah landing,pastu dgn soalan yg byk. Lepas pada immigration counter baru lah jumpa toilet.


Keluar jer airport,brrr...angin pagi di Dublin plus hujan sikit.



Nie dah checkin hotel dalam kul 11 pagi. Get ready to go out.



The hotel. Very nice hotel.


Walking from the hotel to the city centre.


Lengang.Maybe sebab time keje.Suka tgk bangunannya



Walaupun kitorang berjalan,tapi tak terasa penat or jauh maybe sebab keadaan cuaca and kri kanan bnagunan . Sepanjang perjalanan, saya perasan org Dublin ni suka naik public transport,jalan kaki and naik basikal. Diorang siap sediakan tempat utk sewa basikal. Per hour. Tapi kene bayar deposit 150 Euro. Yerla,nanti ada org curi,x delah rugi kan. Saya tgk,diorang nih pakai smart-smart and naik basikal selamba jer,laju pulak tuh :)


Kitorang berjalan sampai satu taman nie. Very nice dengan daun-daun yg penuh atas rumput.Hannah bukan main suka lagi dia.

Stephen Green Park.


Tengok lah tuh :)

Tak takut dengan merpati. Siap kejar sambil cakap "angkap bird! angkap bird!"


Then continue our walk to the city centre. Ramainye orang di city centre. Semua pun jalan laju. rata-rata pakaian dorang very very the stylo. Suka lak saya tengok how they dressed. Pastu kat luar bangunan sana sini either male or female smoking. Dublin mengamalkan policy no smoking inside the building.

Si Hannah bila sampai sini, wah wah,macam budak besar lagaknye,nak berjalan sendiri tak nak berdukung tak nak berpegang. Kite risau sebab ramai orang takut apa-apa jadik kan..Terpaksala follow dia dekat-dekat.

Grafton Street


Cuba carik mana Hannah?

Mama saya sibuk tgk kasut dia pun nak tgk jugak


Lady of Irish. Pakcik performer yang tukang amik gambar. Bagilah 1 Euro kat dia

Kat belakang tuh tpt adik saya sewa tux suit. Hannah sempat tido or in other words recharging her energy :)


Ada jugak nama Malaysia. Bangga saya :)



Very historical



Tau tau apa nama...






Okeh..kita continue Part 2 pulak ek...