Friday, April 30, 2010

Esok..

1st May,labour day. So,apa tujuan bagitau pasal labour day nih?Takde apa pun,cuma esok ada gathering dengan kengkawan lama, Pn Erma, Pn Fatin,Pn Hajar, Miss Esah, Pn Mc G and Pn Munira. Catch up latest stories (or gossips) with them. Jumpa dengan kawan-kawan Hannah :) Gonna have lunch at Al-Rawsha,Ampang. Lebanese food. Tercapai jugak hajat nak merasa makanan Arab/Lebanon nih. Ari tu kat area Bukit Bintang banyak jumpa restoran macam nih,teringin nak gi makan,tapi tak sempat la pulek.


Gathering tomorrow dah inform awal-awal pada En Halim,supaya dia adalah tidak pergi kerja pada hari Sabtu..hehehehe...







So,see u there girlfriends! :)






Wednesday, April 28, 2010

Rasa nak tengok citer ni

Tengok the making kat tv3 ari tuh,rasa nak tengok la!Sebab citer pasal netball.Saya sangat suka netball.Bagos jugak diorang buat filem pasal netball ni..Netball nie kan sukan yang kurang di kedepankan.Not like football,tennis,golf or any other sports yang glamer tuh.Pelakon-pelakonnya pun best jugak.Teringat saya zaman dolu-dolu saya aktif netball. Sekarang nih setakat ngajo anak murid jer la.Stamina out of coverage sudah..huhuhuhu...









Adik,jom kite tgk hooperz nih, Hannah biar ayah dia jaga...Muahahahahahaha




Image from: hooperz official website

Saturday, April 24, 2010

Berlagak seperti orang besar

Location: Jusco Metro Prima, Kepong























Tgk lah..last last beg yang duduk dalam stroller :D



Definition stroller to Hannah :

Stroller=tempat letak beg or barang-barang shopping..hehehehe..




aku yang bersekolah hari ni :(

Wednesday, April 21, 2010

Mimpi yang lawak

Malam tadi saya mengalami mimpi. Saya mimpi,Savvy saya breakdown lagi..di tengah-tengah kesibukan jalan raya. Yang lawaknye,saya tolak sendiri tuh Savvy saya. Depan sikit tuh ada sekolah,so saya park kat dalam kawasan sekolah.



Pastu saya tersedar. So,kisah Savvy saya breakdown sampai situ sahaja..hehehehhe..







Hai..hal Savvy saya sampai membawak ke dalam mimpi..





Kaa..kaa...




Time nih dia tgh good mood..sila abaikan bakul laundry di belakang yar :D



Tuesday, April 20, 2010

Bila Hannah membaca....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Aik??Nie mama yang ajar Hannah ke or Hannah yang ajar mama ni?

:))


Monday, April 19, 2010

Happy Old Besday Ende Su!

Hai Ende su,ni Hannah ni, Hannah tumpang blog mama. Mama bagitau Hannah, hari nih Ende su punye besday ek? Mama cakap besay Ende su yang 91 tahun. Haaa? Banyaknye umo Ende su?Jap,mama panggil Hannah....



Laaa...bukan 91 tahun la,19 tahun,mama bagitau Hannah tadi. Mama cakap sajer je mama cakap 91 tahun. Apa la mama ni... :)


Happy Besday Ende su,moga sihat selalu dan panjang umur selalu(ni mama yang soh Hannah bagitau Ende su) Oh yer,mama cakap hadiah dah bagi dulu. Apa orang putih cakap tuh? Haa "advance birthday present" hehehehe

Oklah..Hannah stop sini dulu..bye Ende su!


Masa jalan-jalan di Taman Tasik Taiping

Masa lawat Ende su di Matrik Gopeng







*Sumer gambar masa Hannah kecik-kecik..hahaha





Friday, April 16, 2010

Akal Si Hannah Part 2

Akhirnya,saya berjaya membeli pagar Hannah(dah lama beli dah,baru sekarang nak update).Awal-awal penggunaan saya sangat berbahagia dan terasa aman kerana Hannah tidak dapat ke dapur/stor/bilik air.Saya dapat memasak atau membasuh CD-CD nyer dengan tenteram.


Berusaha untuk melepaskan diri ke dapur. Semasa ini,menggoncang-goncang kan pagar tersebut.



Menangis meminta simpati-taktik yang digunakan apabila cara di atas tidak menjadi.









Namun,apa yang berlaku kebelakangan ini telah membuatkan hatiku kembali gundah gulana dan tidak tenteram untuk membuat tugasku...






















Bolos saja pagar itu!!





Huuuuuuu...Bila saya letak kerusi untuk hadang,dia akan tarik kerusi itu dan dia akan panjat kerusi itu. Macam mana saya nak buat keje dengan tenteram? Hai...Hannah Hannah...hehehehe






Wednesday, April 14, 2010

Best jugak rupanye...

Tadi pagi saya bawak budak lawan pingpong untuk MSSD Gombak. Memandangkan tahun ni saya dah tukar koko permainan dari hoki ke pingpong,so kene lah bawak budak. Masa tgk diorang ni berlawan,syiok rupanye main pingpong nih..hahahaha..masa dulu dulu,bo layan dengan pingpong nih,sekarang nih dah suka pulak,amik ko.

Lawan 2 hari,semalam dan hari nih, So hari nih untuk semi final n final.Budak saya terpilih untuk semi final single n double. Masa semi final single,tak ler saspen sangat. Tengok lawan dia boleh makan la..Tapi,masa budak saya lawan final dengan sorang amoi ni,mak aii memang suspension betul la. Jantung saya berdegup laju je,dapat ke budak aku nih johan.Tgk amoi tuh,dh pressure dah.Bile serve,main serve jer,tak tunggu lawan dia tuh dah ready ke tak.Coach amoi tuh muka masam jer. Masa 1st set budak saya menang,2nd set amoi, tuh menang.Saya dah saspen dah. Masuk 3rd set, Alhamdulillah budak saya menang dan dapat johan.

Bila tengok tengok diorang nih main,nampak mudah je. Macam main tenis tuh kan,nampak mudah je nak serve nak pukul,tapi bila cuba main,terkial-kial jugak..Nampaknye,kene berlatih main nih..Hahahahah






Tuesday, April 13, 2010

Macam-macam Aznil Hal!

First hal :

Hannah saya demam lagi. Pagi tadi panas sangat badan dia. Tiba-tiba jer panas mendadak. So,saya n En Halim decided tak gi keje,gi Hospital Selayang pas Subuh. Kat hospital,dah kene check,kene amik darah lagi. Kali ni dia menjerit menangis beria. Ada sekali tuh dia sebut macam "Sakit!" Huhuhuhu...Then dah siap amik darah,doc cakap darah ada virus sikit,normal virus. So dia prescribed medicine. Settel one part.


2nd hal:

On the way to hospital tuh,masa kat traffic lite flyover dari Templer nak ke Selayang,Savvy ku buat hal lagi lah pulak! Mula-mula jerking,then Halim perasan asap kuar banyak sangat,berkepuk-kepuk thru exhaust. Biler traffic lite hijau je,Halim pecut la,nak sampaikan ke tempat yg terang sikit,sbb tgk harapan Savvy tuh akan breakdown jer,bile naik bukit,dah jadik lembab,RPM naik tetiba. Elok jer lagi sikit je nak sampai kat housing area Perdana Residence,dah stop totally. Nasib pagi,tak byk keta sangat. So,had to kol my parents to pick us up. So,we(me,En Halim n my mom) gi hospital,while my dad wait for AAM. Biler tow truck sampai,bawak Savvy sampai ke Proton Rawang.

Pomen tuh check,dia kata valve sudah pecah la. Mau kene tukar. Puncanye,dari ignition coil yang dulu then effect ke valve lah,menurut kata pomen tuh,silinder 1 sudah rosak. So,Savvy ku itu kene masuk wad lah sampai biler aku pun tak tau. So,saya berkampung semula la di Kepong,menyewa meminjam kembali Myvi mama ku..


Ignition coil-yang bende 4 segi tuh. yang ala-ala ninchaku(betul ke eja nih?) tuh spark plug cable. Ini yang problem memula.Pastu effect ke sylinder valve.Nak carik gamba dlm internet,tak jumpa pulek









Dan,duit ku terbang lagi. Installment ke bapak saya pun x abih bayor lagi dah tambah baru..Jadinye,saya terasa fedup di sini,dah berkira-kira untuk menukar kereta baru.Tapi saya sayang Savvy saya tuh..huhuhuhuh..








Monday, April 12, 2010

Aaaaaa....eng!

Apa ke bende nye "aaaaa...eng!" tuh?







Enjoy this vid! :)








Saturday, April 10, 2010

Nuraarin : Contest Perkahwinan Abadi



Yer...saya join lagi contest-montest nih...Syiok tau..heh heh heh..Kali nih saya join contest pasal kahwin. Contest ni organized by nuraarin. Jom,kita ramai-ramai join contest nih :) Nuraarin buat contest nih untuk untuk meraikan anniversary ibubapa dia dan juga untuk dia buat survey pasal hal-hal perkahwinan.





Soalan-soalannya:
  1. Apakah Tema perkahwinan
Perkahwinan Melayu tradisional

2. Hadiah kahwin paling istimewa dan kenapa?

Big portrait of me and my husband drew by my cousin. Terharu sanggup
mengambil masa untuk lukis.Saya pun tak sangka :)
(Kalau upah kat CM sure mahal regenye)

3. Apakah Door gift/hadiah untuk tetamu? (yg bertunang boleh skip soalan ini, tapi kalau
ada lagi bagus)

Tetamu : Kuih bangkit bunga 3 ketul letak dalam bakul kecik
Kanak-kanak : Jelly

VIP : Kuih bangkit+kipas+pasu+sabun ada nama kitorang

4. Hantaran perkahwinan yang paling anda suka?

A bouquet of Ferrero Roche. Sayang nak makan,tapi kalau tak makan,berulat pulek :)

5. Ceritakan 3 Pengalaman manis sebelum/semasa/selepas majlis berlangsung?

a) Sebelum majlis,ramai sedara yang nak sponsor itu ini.
b) Semasa majlis,tak sangka ramainye yang datang and puji makanan
sedap and kenduri
yang happening
c) Selepas majlis,kitorang kene soal selidik dengan sedara mara asal usul
pertemuan kitorang nih.Fuh,soalan memang kaw kaw punye!

Tapi,memang best and lawak!

6. Sertakan Gambar perkahwinan yg paling anda suka?



7. Saya mendambakan perkahwinan yg berunsurkan warna hijau epal kerana
warnanya yang lembut dan ceria.(Alhamdulillah,tercapai juga hasrat
saya tuh)


Cth 1: Saya mendambakan perkahwinan/pertunangan yg berunsurkan tradisi Cina kerana
saya adalah anak kacukan cina-melayu.


Cth 2 : Saya mendambakan perkahwinan/pertunangan yg berunsurkan warna biru kerana
kami suami isteri meminati warna itu


Syarat-syarat penyertaan:
  1. Buat 1 entry dgn tajuk 'Nuraarin: Contest Perkahwinan abadi" (utk yg kahwin) atau 'Nuraarin: Contest Pertunangan terindah (buat yg tunang), nak masuk dua2 kategori pun boleh tapi kena buat entry berbeza yer.
  2. Jadi follower aarin, senang sbb aarin akan update dari semasa ke semasa
  3. Sertakan banner di atas di entry anda.
  4. Sila tinggalkam link dan komen di entry ini

Hadiah Untuk pemenang:
  1. Ada 2 kategori maknanya ada 2 hadiah, Aarin akan tambah lagi sekiranya penyertaan mengalakkan.
  2. Pemenang utama berdasarkan kreativiti anda menjawap soalan no 7. (1 pemenang utk setiap kategori)
  3. Pemenang bertuah adalah random dan akan dicabut style lama iaitu dalam balang oleh mummy dan abah saya. (1 pemenang utk setiap kategori)
  4. Contest ini bermula dari 27 March hingga 27 April 2010
  5. Keputusan akan diumumkan pada 29 April sempena anniversary ibubapa aarin

Good Luck to All!!

Nota kaki:
  • Kalau ada yg nak join tapi sesetengah soalan tak boleh jawab atas sbb2 tertentu, just komen dan saya akan pertimbangkan cara utk melayakkan anda..
  • Soalan macam jawab tag pula kan??

Hadiah2 nya will be next entry.. Tunggu...




Alright..itu sahaja.... :)



Friday, April 9, 2010

Lawak betullah!

Siapa dengar panggilan hangit tadi? Lawak giler! Awek dia yang hantar soh hangitkan boipren dia,alih alih awek dia yang terkena. Sure Fafau tuh hangin jer,biler awek tuh marah giler kat Fafau. Awek tuh siap boleh lupa dia yang hantar emel kat Fafau..hahahahah..Malu siot!

Tapi,sure awek tuh dah emel lama giler kat Fafau sampai boleh terlupa,ntah ntah dia emel bulan lepas ker,tahun lepas ker..



Panggilan hangit kali nih memang lawak giler (for me la).


Eh,berapa banyak word giler daa!







Thursday, April 8, 2010

My story about Cloth Diaper

or its glamour name is CD :) I have been started using CD to Hannah since she was 6 monts old. Masa mula-mula tuh blur lah jugak macam mana kaedah nye. Then when I read an article about CD,barulah paham lantas membeli online :D Mula-mula beli 1 dulu,testing testing lah katakan. The first brand I bought was Lunatots. After that,biler ada budget lebih sikit I bought package punyer. Bile surf few websites and blogshops,rupanye banyak lagi brand CD nie ek. So far, saya beli Lunatots,Coolababy,Babyland. Now I have 20cds, enough for me to use 100% CD to Hannah.

Hannah pun ok jer bila pakai CD. There was this one time,when I had to use DD (Disposable Diaper) Hannah macam pelik jer bila saya pakaikan dia DD. Dia asyik tengok-tengok jer DD tuh.Hahahaha...Itu jer lah sekali saya pakaikan dia DD.

Whenever we go out,(jalan-jalan,shopping) I'll make sure to bring 3 CDs. Insya Allah,so far nih cukup. Kalau balik kampung,I'll bring all :) Yang menariknya, bila diaper change,it will caught people's attention. Like,my relatives and friends. So, I'll gladly explained to them the use of this CD. Saya pun rasa happy dapat share knowledge and information to them. Although the price is sikit(sikit jer :) ) mahal,tapi for the long term,saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat berbaloi-baloi. Alhamdulillah,few of my friends dah interested in CD.

Recently,I surfed to this blogshop,sekali saya sudah terpikat dengan CD yang ada corak-corak daaaa...sangat cute ok! :) Makanye saya pun terbeli lah (terbeli tuh!Hahahaah). Makanye tambah lagi lah koleksi CD Hannah.Heheheheh



Cute kan?Mcm mana lah saya tak terrrrrbeli lagiks...hahahaha


Alhamdulillah, Hannah pun dah setahun lebih,tak de problem pun pakai CD. Yang problemnye bla dia dah pandai nak bukak sendiri CD tuh. Saya ada beli few velcro strap CD, saje jer nak try. Time dia baby ok lah,time dah bijak nih,I prefer snap button la,susah dia nak bukak. :)


So,itu jer lah cerita saya pasal CD..heheheh




Wednesday, April 7, 2010

Kembali ke pangkuan.......

.......tuannye! Setelah 2 minggu berkampung di Kepong,pastu pinjam mama saya punyer. Akhirnye,petang semalam dia dah sihat dan kembali ke pangkuan saya!














Nak tau apa dia?










Tadaaaaaa!!!

















Apa lagi..my savvy la..hehehehe...






*Image google


Friday, April 2, 2010

Muka Garang Si Kecil Contest



Yer sekali lagi Mama Hannah nak join contest..hehehehe,saje jer memeriahkan keadaan..mana tau ada rezeki kan..

Contest muka garang si kecil ni liennasts yang buat,yuk,ramai-ramai join contest ni :)

Syarat-syarat nak join contest nih,senang ajer..

  • Jadi follower blog ni (terima kasih :P)
  • Copy banner kat atas dan letakkan kat side bar blog memasing berserta link ke en3 ini
  • Up load sekeping gambar anak yang umurnya antara 1bulan ke 3 tahun (muka kena serius or garang ye..)
  • Sertakan sekali nama penuh dan manja anak, tarikh lahir, nama ibu bapa dan email untuk dihubungi
  • Dah siap semuanya, tinggalkan komen kat entry ini berserta link sekali
  • Contest ini bermula pada 22 Mac-22 April (sebulan)
  • Sebagai confirmation, aku akan tinggalkan komen kat entry korang
Sekian, segala pertanyaan bolehlah email kepada liennasts@live.com




Contest muka garang nih,saya pilih yang ini





























Amacam?garang tak muka dia?Rasanya muka dia bermaksud "No camera please!" Hahahaha. Di belakang itu bukan tuan empunya blog..heheheh


Nama baby : Nur Hannah Zulaikha Bt Abdul Halim
Nama manja : Hannah
Tarikh lahir : 21/01/2009
Nama mama : Tun Anis Zaireen Bt Mohamed Nor
Nama ayah : Abdul Halim Bin Ismail
Email : nikita229@yahoo.com



Hehehehe..gambate Hannah!



Dah sihat

Alhamdulillah, Hannah dah sembuh semalam. Dia dah main-main,jalan-jalan sampai dapur,nak panjat tangga,panjat kerusi,panjat meja,jerit-jerit. That shows 100% of herself. Syukur...Lega semua orang,next week start lah duduk Rawang semula.





Thursday, April 1, 2010

Bila Hannah di hospital...

As I promised,nih gamba-gamba my daughter masa kene drip on Tuesday itu hari..















Masa sampai,tgh tunggu nama dipanggil..ngantuk ajer








M.A tgh carik urat untuk cocok amik darah.Muka maintain lagi.










Time ni M.A tgh amik darah. Saya rasa macam lama je..Huhuhuhu,sedih saya tgk time nih.










Dah setel amik darah,M.A balut tangan dia.










Tangan yang siap di balut.Dah macam patah tangan pulak.














At Athma Room,tgh drip.Tengah merap ayah tuh.














Nak tido lagi,time nih..terpaksa tido atas kerusi.














Lepas sejam baru dapat bilik sebab M.A kat bilik asma tuh sian tgk Hannah tido atas kerusi.














Gaya macam orang dewasa ajer.















Tido lagi.












Dah habis masuk air. Tunggu nak amik ubat. Time : 9.30pm. Nih nak merap dengan mama pulak.


Alhamdulillah,Hannah tak kene tahan wad sebab darah dia ok,x de apa-apa. Nie sekarang nih dah ok dah. Mama saya cakap,hari nih dia makan banyak. Dah tak muntah.Lega saya dengar.