Monday, August 30, 2010

Shopping Raya

Korang mesti dah sakan shopping raya kan? Saya tahun nih buat sejarah tak jejak pun Pasar TAR. Tahun-tahun sebelum nih mesti wajib gi jalan-jalan di Pasar TAR. Tapi tahun nih macam malas nak gie.Tak sanggup nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Tapi bendanya sama jer tiap tahun,jual baju kurung,sampin,songkok,capal,kuih raya,bunga dan macam-macam. Mungkin design jer la yang lain.Mama saya ajak gi PKNS carik baju,oh tidak,tak sanggup lagi nak mengharung lautan manusia...



Tahun nih,shopping ala kadar jer. Baju raya dah siap tempah. Kuih raya dah overload dah siap tempah,so tak perlu nak last minute shopping lagi...















p/s: Raya tahun nih sambutan adalah biasa-biasa ajer...Masih teringat kejadian baru-baru nih..







Saturday, August 28, 2010

Selamat masuk group baru..

Untuk En Halim a.k.a my husband! Heh heh heh...Group tiga kosong. Semoga panjang umur dan murah rezeki,semoga kita berkekalan sampai akhir hayat...





Tapi, time besday En Halim dia adalah kene outstation ke Korea lah puhlak! Insya Allah touch down KLIA 9 September. Raya eve tuh! I repeat, raya eve! Huhuhuhuu...



Semoga selamat tiba di Korea and selamat pulang ke Malaysia...







Friday, August 27, 2010

Tempat yang indah untukmu di sana...

Arwah Idi selamat dikebumikan pagi tadi...Tak jadik lepas solat Jumaat sebab terlalu lama simpan jenazah.Kitorang sampai dalam 8.30 pg di surau Wangsa Maju. Salam dengan Makde(ibu arwah),peluk dia.Salam n peluk dengan Akak,Kak Cik and Fazlia(adik beradik arwah).Tengok arwah Idi muka tenang jer..Dalam kul 9 mandikan arwah..saat mengafankan adalah sangat menyebakkan..Kesian tgk Ayahde(bapa arwah) dan Idan(abg sulung) menangis menatap muka arwah...Antara Makde and Ayahde,Makde yang paling cool,tabah dan tenang...tapi dalam hati kita mana tau kan...sure ada satu-satu ketika dia akan lepaskan apa yang terpendam sendirian..

Saat mencium arwah pun sebak jugak...Family arwah,my grandparents berkesempatan mencium arwah..

Awek arwah dan family nya datang juga di surau. Cute jugak,dia citer pada mama saya,sebelum dia pergi, arwah asyik nak sakitkan hati awek dia jer.Then sepanjang diorang couple arwah tak suka nak tgk movie,tapi ada satu hari tiba-tiba arwah ajak tgk movie..Sedih tgk muka awek arwah..Mama saya citer family arwah dah plan nak hantar rombongan pas raya..Namun,tiada jodoh rupanye...Ramai kawan-kawan arwah datang menziarahi di kubur...Cuaca Alhamdulillah sangat redup dan damai...



Idi,tenang lah kamu di sana,berbahagialah kamu di sana..


Makde,Ayahde,Idan,Akak,Kak Cik dan Paya,bersabarlah menghadapi ujian Allah..Allah lebih menyayangi Idi,hanya itu yang Kak Nis mampu ucapkan...




Al-Fatihah...









Thursday, August 26, 2010

Pergi jua...

Mesti u guys dah dapat agak based on the title...Yes,my dearest cousin passed away around 6pm at HKL. Tak sempat saya nak gi melawat..Petang tadi on the way to school, ada prog majlis restu ilmu utnuk budak-budak UPSR,then my mama called and said "Idi dah critical,doc cakap dah tak de harapan.." Then dalam kul 6 lebih,mama saya kol lagi bagitau "Idi baru meninggal".
Ya Allah,saya rasa sangat sedih...Saya tanya mama saya macam ne citer sebenarnye.Mama saya cerita,a car drove by a woman pancit tayarnye on the way back home.Then terlanggar divider and she didn't see my cousin kat tepi tuh..Kete dia berpusing-pusing dan remuk. My cousin time accident tuh sedar lagi,pastu bawak ke Hospital Putrajaya,tp hantar pulak ke HKL.

The woman tuh gi lawat di HKL with her husband,bila dia tgk my cousin,dia dah menangis meraung. Then bila dia tau yang doc ckp my cousin dah tak de harapan lagi dia menangis.The woman mintak maaf sangat-sangat dengan aunty saya. Aunty saya cakap "Takpela,dah ajal dia di situ". My other cousins(the siblings) at first quite emotional la,yerla,siapa yg tak emo,benda terjadik tiba-tiba. Yg sulung cakap "Kalau ikut hati memang dah lama kene dah driver tuh,napa langgar adik aku,tp kalau fikir beriman,takpela,dah Allah nak ambil nyawa dia,redha jer la".Yg no 3 cakap "Kereta dia remuk dia kesahkan,yang di langgar abang aku napa?" Bila, saya dgr mama saya cerita macam tuh,saya dah tak boleh tahan dah airmata..Saya rasa sedih sangat. Idi was a very nice and cool guy. Last kitorang jumpa masa kenduri kahwin our cousins at Subang Bestari.

Mama saya citer lagi,Idi nih dah plan dengan kawan-kawan dia nak bukak pose ramai-ramai. Namun,tak tercapai hajat nye,dia dah dijemput dulu oleh Allah.

Saya pun ada rasa kesian with that woman,sure rasa trauma sangat..

Parents saya sekarang ada di HKL...Idi akan dikebumikan esok di Wangsa Maju,maybe after Jumaat.





Semoga rohnye di cucuri rahmat...Amin...





Hari yang tak tenang...

Tak tenang 1:

Pagi tadi dalam kul 1,dapat kol dari mama saya,my cousin met with an accident on the way back home. Parah. Kereta dan motor. He's the one with the motorcycle. Dia dah nak sampai rumah dah. Huhuhuhu..Pas tuh terus tak boleh nak tido lena. Tido kejap-kejap jer. Sekarang di wad neuro HKL. Mula-mula hantar ke Putrajaya but Putrajaya hantar ke HKL. Tadi kol abah saya,masih unconcious. Dada ok,cuma kepala and mata tak respon..Saya tgh berdebar lagi nih..Tadi mama saya kol,saya dah berdebar dah,tapi mama saya just bagitau cerita cousin saya nih bulan 10 nak convo..Ya Allah, selamatkanlah cousin ku itu...





Tak tenang 2:


Hari ni saya sampai lambat ke sekolah.On the way to school,ada traffic jam di hiway. Kalau dah traffic jam satu jer-accident. Accident nyer 5 km before exit Hospital Sg Buloh. Tapi traffic jam 10km before that. When I passed the accident area, saya tgk sipi-sipi jer. Keta putih tuh remuk.I saw a person tried to help at the driver's seat. Dalam hati tertanya-tanya "Mati ke tak?" Then bila dah nak sampai sekolah,keluar radio,'Kemalangan maut di PLUS dekat Rawang' Sah,meninggal driver tuh.





Kenapa sekarang banyak kejadian yang menyedihkan berlaku?Takut saya...




Dear readers, please pray for my cousin,moga dia kuat semangat....




Ya Allah,kabulkan doa hamba Mu ini....





Tuesday, August 24, 2010

Hannah di klinik

Nie masa dia gie checkup ari tuh..(yg dah lama)... :)






video



Dia nak join main sebenarnye,tapi x boleh nak catch up sebab budak-budak tuh lari dah laju.. :)


Sunday, August 22, 2010

Aku yang petite! Awwww

Hari tuh saya tgk ANTM (America's Next Top Model) dah cycle 13 dah. Saya dulu layan seh cerita nih.best..heheheh.La ni dah lama tak layan.Tau tau dah cycle 13.Tapi yang nih last year punyer.Sekarang dah masuk cycle 15 . Anyway,this time Tyra amik calon yang petite category. Kan masa music intro tuh diorang tunjuk calon-calon ANTM kan,so this time diorang tunjukkan calon dengan ketinggian sekali. Saya tgk rata-rata 5'6, 5'7. Mak aiii,kalau kat Malaysia,itu dah di kira tinggi lah tuh. Kat US this height consider as rendah! Kalau saya yang 5'4 nie kat sana,mmg rendah sangatla...Hahahahah...Yerla,Tyra pun 5'10. Saya kene dongak la kalau nak tgk muka dia :D






Calon-calon model petite-Aku tgk sumer tinggi semacam ajer











Nie 1st runner up-Laura-Dia ni ada dyslexic dan berjaya sampai final.Saya igtkan dia yg menang,tapi bukan.Maybe sebab over confident.Dia cakap yg lagi sorang tuh bukan saingan dia.






Dia nie yang menang. Nicole. Dia citer dulu she had problems with stage fright and low self esteem.Bagosla dia boleh lawan her weakness and jadik juara.And she is 5'7! Petite ke hapa 5'7 kan...












Kat sana they call petite model.So,kalau saya kat sana petite model la?Muahahahahah perasaaannnye!!




*pictures credit from here



Thursday, August 19, 2010

Confirmed!

Confirmed En Halim akan outstation lagi ke Korea next Saturday 28th (Dahla tgh besday dia tuh) and insya Allah will be back on the 8th September. Lagi 2 hari nak raya tuh! Huhuhuu...







Friday, August 13, 2010

Hannah nyanyi

video







Selamat berpuasa dan berbuka puasa kawan-kawan...Hari ini saya berbuka puasa di Muo.



Thursday, August 12, 2010

Meooowww! Purrrr...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



I am the cat girl!

Or kitten girl?



Chak!!









Wednesday, August 11, 2010

Dah siap!

But,before that,


SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN..SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA KEBRKATAN BERLIPAT GANDA. MAAFKAN JIKA SAYA ADA TERSALAH SILAP KATA DAN PERBUATAN..SESUNGGUHNYA SAYA MANUSIA YANG TIDAK SEMPURNA..






Ok..sambung..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Yaaayyyyy!! Baju raya saya dah siap!!



Mesti korang cakap "Mak aiii awal nyer dah siap baju raya?Puasa pun baru stat hari ni"




Hehehehe, ada sebab di sebalik baju raya yang siap awal nie. Alkisahnya,saya selalu hantar kat makcik tailor nih.Makcik tailor nih adalah makcik kepada colleague saya di sekola ni. Dia buat ok la. In fact,baju kawen kami both sides n baju nikah saya,dia yang jahit.Murah pun murah. Bayangkan, 5 pasang baju time nak kawen tuh,mmg murah la.Kalau anta butik mau nak cecah riban kan...



Tapi...ada tapinye,makcik tailor nih kalau anta kat dia mesti terlajak perahu boleh diundur date punyer.Ala-ala overdue la. Colleagues saya yg lain sebelum peknan sampai dh nak bersalin,baju dia nak mintak tolong alter tak siap2 lagi...



So,saya pakat dgn anak sedara dia,cakap lah konon-konon baju nih nak pakai time kenduri.Konon-konon kenduri ujung bulan 7.Ekekekekek..Saya bagi kain dalam ujung bulan 6. Kalau saya cakap nak pakai time raya,sah sah lagi 2,3 hari nak cuti raya confirm tak siap lagi. Alih-alih,dah lepas tarikh 'kenduri' konon-konon tuh,tak siap jugek baju aku. Bila kawan saya tuh tanye makcik dia yang tailor nih,makcik tuh cakap apa tau? "Kan dah lepas kenduri tuh kan?"
Boleh dia cakap macam tuh? Ohhh,kira plan saya backfired lah jugak..Nasib baiklah,hanya tinggal minor jer yang tak siap lagi. Tuh pun baju si Hannah tak siap lagi...Nak kene tanye kawan saya nih,soh dia tanye makcik tailor tuh.






Pasnih,saya nak gie carik tailor lain lah plak. Eh,babysitter saya ropenye amik upah menjahit jugak la..Pas raya,nantilah tanye...hehehehhe




Itulah kisah di sebalik baju raya yang siap awal...



Bye...















Tuesday, August 10, 2010

Memang takde perikemanusiaan langsung!

Apalah nak jadik..baby hatch dah ada,tapi makin menjadik-jadik..Mak ayah yang bertanggubgjawab nih,memang dah takde hati dan perasaan! Nanti tunggulah nasib korang di akhirat...





Sebak hati saya bila baca berita pasal ni dan ni







Semoga polis dapat lah tangkap syaitan syaitan nih..pastu campak diorang dari bangunan n buang diorang di tempat sampah jugak...







Monday, August 9, 2010

Barulah best

Alhamdulillah,saya mendapat perkhabaran gembira pasal cuti hari raya (tak habis-habis! :D)












Barulah best nak beraya..dapat cuti lama kan..(walaupun terpaksa kerja hari Sabtu nanti)











Friday, August 6, 2010

Malacca Trip

Cerita last week.

Khamis lepas,saya n cikgu2 Special Ed bawak budak-budak kami gi Melaka. Saje jer bagi pengalaman kat diorang ni. Jalan-jalan luar KL or in fact luar dari kawasan sekolah diorang. It was a 1 day trip.

Pas breakfast kitorang gerak dalam kul 8 dari sekolah. The first destination was Taman Mini Malaysia. They were under renovation,but still boleh lawat lagi. Seronok jugak masuk rumah-rumah tradisional setiap negeri. Budak-budak saya boleh lihat sendiri parts dalam setiap rumah. Diorang nie kan special,so diorang kene tgk sendiri so that,they can relate with their everyday life.Saya naik rumah Sabah n rumah Sarawak. Saya baca info di rumah Sarawak,yang ia terdiri dari berpuluh-puluh kelamin. Wow! Pastu dalam setiap bilik tuh kan,ada tangga yang boleh connecting to the other room..Hmmm....hehehehe.. Overall the Taman Mini adalah bagus,cuma kurang penjagaan yang sempurna. saya ada terbaca info,Taman Mini nih dah berumur lebih 20 tahun,so management kene jaga betul-betul.rumah-rumah tuh.

Taman Mini @ Ayer Keroh



Next destination,gi amik lunch from fast food restaurant. Bila deal dgn special ed kids nih,rezeki diorang teramat-amat murah . Secara tak langsung cikgu cikgu nih kene lah jugak sipi sipi rezeki murah diorang :) Alhamdulillah...


After lunch (read:picnic) di Masjid Al-Azim, we continue our journey to Bandar Hilir. We went to Muzium Istana. It was actually a replica of Malacaa Sultanate era. Best jugak masuk dalam muzium nih.Dia tunjuk pasal kaum-kaum pedagan,keadaan di dalam balai mengadap, perlawanan Hang Tuah n Hang Jebat.Napa sebelum nih saya tak pernah tau pun muzium nih?Hahahah. Tapi,the mannequins there adalah terasa serem. agak-agak bila malam ada tak macam dalam cerita "A Night In the Muzium" tuh?Huuuuuu..takot!

Syioknye picnic di padang masjid Al-Azim


Muzium Istana Melaka


A scene in the Balai Mengadap



Pastu kitorang gi naik Menara Taming Sari. Sekali lagi rezeki budak-budak nih,dapat 60% diskaun tiket. Mula-mula naik tak terasa apa,tapi bila dah ada kat atas tu then berpusing-pusing tunjuk seluruh Melaka,saya merasa gayat. Duduk statik jer,nak jenguk ke bawah pun takut. Hahahah..apa daa kan?



Gayat seh!



Next,went to Stadhyus,Muzium Ethnografi. Tunjuk pasal kaum-kaum di Melaka,adat-adat diorang n cara perkahwinan diorang. Pastu,masing-masing(cikgu n anak murid) dok layan aiksrim kat luar bangunan. Penat punyer pasal. :)


Muka-muka keletihan tapi bergambar punye pasal,ceria ajer :)


Picnic ice cream! :)



Then,menapak menuju ke Muzium samudera pulak.Tapi,dah tutup lah pulak. So,apa lagi,kami teruskan perjalanan ke bangunan seberang. Shopping!!!! Ala,shopping t-shirt jer..heheheh

Eksen jer la,bergambar,jadikla :D



Tempat pelaburan..ngeeeee



Shopping,jangan tak shopping..borong sama dia..heh heh heh


Budak-budak pun happy dapat shopping




Pas Magrib di Air Keroh dalam kul 8 baru kuar dari Melaka. Sampai sekolah kul 10.30malam. Sampai rumah rawang kul 11 kau! Huhuhuu..

Hari esoknya(Jumaat) cikgu-cikgu masing-masing memang jadik macam zombie lah. Jalan slow sebab penat (read: penat berjalan ke sana ke mari and berjalan sebab shopping) mata pun asyik nak tutup ajer. Budak-budak syok la,sume cuti sendiri. Yang datang sekolah hanya 2 orang ajer..Nasib ari Jumaat sampai kul 12 ajer.




This trip we really had fun and very enjoyable la ...



Wednesday, August 4, 2010

Cool info Part 2

Info for today yer kawan-kawan

:)




  • The cubicle did not get it’s name from its “cube” shape, (a cube has six sides). It is from the Latin “cubiculum” meaning bed chamber.
  • Harvard research from 2003 revealed that mothers pregnant with male babies tend to eat more than those carrying females.
  • Google, the Internet search company founded in September 1998 by Larry Page and Sergey Brin, got its name from the word Googol, which represents number 1 followed with hundred zeros after it.
  • Human arms have 32 bones each, while human legs only have 30.
  • The creator of the iPod first shopped his idea (without success) to Philips and RealNetworks before Apple agreed to market the device.
  • Although estimates vary, humans blink their eyes around five million times each year.
  • World War I ended at precisely eleven o’clock on the eleventh day of the eleventh month of the year 1918.
  • Babies have more bones in their bodies than adults. As the babies grow older, some bones eventually fuse together (like in the skull), resulting in fewer bones as an adult.
  • An infant human has about 300 bones, some of which fuse together as the youngster grows up. An adult human’s body typically contains 206 bones.




Taken from here






Part 1