Wednesday, March 31, 2010

Petang semalam di Hospital Selayang

En Halim and I decided to go to Hospital Selayang for further checkup sebab Hannah asyik muntah jer. Masuk apa sahaja pun kuar balik. We all sampai hospital dalam kul 6. Selepas di soal siasat oleh doc yang bertugas,the doc decided that Hannah kene buat IV drip. Which means Hannah kene cucuk untuk amik darah! Huhuhuhu, time M.A tue tgh prepare everything dia tak nangis lagi. Bile time dia cocok...Uwaaaaaaaa!!!! nangis yang jenis mendayu tuh..sedih jer saya tgk. En Halim lagi lah selamat duduk kat luar,tak nak tengok.

Then,tunggu tempat pulak untuk buat drip tuh sebab penuh pulak dengan patients. Actually kitorang dapat bilik athma untuk buat IV drip Hannah tuh, katil tarak,so duduk atas kerusi. Hannah dengan badan lembik,muka monyok ngantuk,tertido atas kerusi tuh. M.A kat area athma room tuh sian tgk Hannah terbaring atas kerusi,dia bawak kitorang kat wad sebelah,ada katil,selesa sikit Hannah tido. Masa nih merengek ajer dia. Nak memerap.

Lama jugak lah proses drip Hannah tuh. Kul 9 lebih baru setel. Masa nak tunggu En Halim kat lobi hospital, terdengar ada orang tanya pasal Din Beramboi. Baca newspaper hari ni,rupanye dia dah 4 hari dok Hospital Selayang tuh. Sampai rumah kul 10. Pergh! lama betul. Malam-malam,badan Hannah panas betul. Tak lena dia tido.

Update untuk hari ni, Hannah dah boleh nak masuk susu dan makanan sikit-sikit,tak muntah. Hari ni En Halim cuti. Saya pulak ada lawatan bawak budak ke Aquaria. Tiap 1-2 jam saya kol rumah Kepong tanya pasal Hannah. Alhamdulillah dia impruving. Dah boleh senyum,jerit,jalan-jalan sikit. Tapi dia dah kene cirit pulak dah.

Mencabar betul Hannah demam kali ni,badan lembik,tak de mood,merengek,memerap jer.


Nantilah,bile ada time,saya update dengan gambar masa dia di Hospital Selayang.


Tuesday, March 30, 2010

Demam...

Siapa yang demam? My Hannah demam :( Actually start demam hari Sabtu petang,tapi on off on off. Tapi,start semalam petang dia muntah. Babysitter bagi makan,kuar balik,ayah dia bg makan,kuar balik,minum susu,minum air masak,minum ubat,semua keluar balik. Risau saya. Bawak gi klinik,doc said tekak dia merah,tuh yang demam,then perut jadi tak selesa tuh yang muntah tuh.

Sebelum ni,Hannah ada jugak demam tapi tak de pun muntah-muntah. Bila malam,badan dia panas je,tido pun pakai diaper jer. Semalam,dia tetap aktif macam biasa,cuma tadi jer saya kol babysitter,pagi tadi dia merengek sikit,main pun tak sangat.

Orang cakap demam nih nak dapat sesuatu..or,memang musim budak demam?






Friday, March 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY!!

to......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

MY PIECE OF THOUGHT!!!

Ish ish..tak sangka dah SETAHUN dah blog saya nih ek..hehehhe,macam2 cerita ada dalam blog nih.But mostly story about my cheeky girl la..Tak kesah la, dah tagline pun "Whatever in my mind" kan.. :) Moga blog nih akan terus aktif with updates,moga the owner of this blog mempunyai sikap yang rajin untuk update blog..heh heh heh...Moga blog nih tak bersawang-sawang..hahahaha






















Thursday, March 25, 2010

Hannah @ 14 months

Dah lebih 4 hari dah sebenarnya :) Semalam bawak Hannah check up at klinik desa. Alahai,naik 200g ajer! Dari 8.1 kg ke 8.3 kg. Nurse bagi pil ubat cacing soh makan. Nurse cakap lagi,dia sekarang dah boleh makan apa yang kita makan. Tapi,saya tak nak lah yo yo o bagi apa yang kita makan pada Hannah,berpada pada jugak.


Hannah sekarang, Masya Allah,semakin aktif! Kemahiran memanjat dia sudah semakin tinggi! Rumah parents saya ni dia asyik tuju tangga je. Kalau baru bangun tido,bila dia nampak tangga jer,terus nak panjat. Mula2 parents saya hadang dengan kerusi meja makan tuh. Tapi,ada satu kali tuh,dia sudah berjaya panjat sampai ke atas ko! Bapak saya yang perasan,lagi 2 anak tangga je dia nak naik.Huuuu,seriau sungguh. Kitorang pun tak tau macam mana dia boleh naik,padahal dah hadang tuh. Kitorang punyer conclusion maybe dia menyusup bawah kerusi tuh.

Macam-macam cara parents saya buat untuk hadang Hanah dari naik tangga.But,everytime my parents do that,she seems to find a way to go upstairs.Sudahnya,parents saya letak papan tilam tuh buat penghadang. Kat dapo pun parents saya letak benda yang sama jugak.Sebelum letak penghadang tuh,dia suka pegi kat bawah sinki tempat mana mama saya letak tapis,bekas dan sewaktu denganya, Tugas si Hannah adalah mengemas kembali benda-benda tersebut. Kengkadang dia imitates balik cara kita memasak. Hahahhaa. Meja kopi kat depan tuh,kalau kita tengok,sure budak tak boleh panjat,tapi not for Hannah.She can climb the coffee table and the chairs kat hall tuh selamba jer. Kerusi meja makan pun sama.Ish ish...Memang penat nak menjaga dia nih time aktif nih :)

Hannah nih suka menjerit.Bila dia menjerit aduh,bingit telinga. Bila kita buat "Shhhh!" kat mulut. dia pun buat jugak,tapi dia letak jari dia kat telinga. Hannah suka berkawan,bila dia nampak toddler yang sama baya,mesti dia tuju kat budak tuh,nak berkawan.

Bila dah dapat kaki ni,dia suka,menari2 pastu main pusing2 sampai pening.Kelakar tengok.Tapi risau jugak biler dah pening,tak stabil,nanti jatuh terantuk. Dia jugak suka main bola. Nie ayah dia lah nih :D



Enjoy the pictures....



Ada gaya seorang model kah? :)


Nak jalan sendiri nih,tak nak mama dia pimpin






Siapa yang busyuk tuh? :)


Tuesday, March 23, 2010

Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway

Once again I try my luck to join this giveaway...



Syarat-syaratnya sonang ajo ada 2 kategori:



Kategori A:

1.Peserta wajib ada blog sendiri.Copy dan paste banner giveaway beserta link ke blog ini,pada side bar blog anda.
2.Then, just tinggalkan komen dan url blog anda pada ruangan komen giveaway ini okeh?Nyatakan anda menyertai kategori A.Senang kan?
3.Satu hadiah misteri buat pemenang, akan ditentukan oleh cabutan bertuah by the birthday girl (harap dia tak masuk mulut lah kertas undi tu)...kalau anda dapat agak, sy gilakan barangan baby yang mana, maybe dah dapat teka apa hadiahnye! :) suspens..suspens...oh ya, takde limit umur anak, mahupun umur mak , ibu-ibu atau bapak-bapak dlm kategori ini hihihi... :P
4.Syarat tambahan: Peserta luar dari Malaysia leh join, tapi kos pengeposan hadiah ke luar negara hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anda sekiranya menang!

Kategori B:

1.Peserta musti ada blog sendiri jugak!Copy dan paste banner giveaway pada side bar blog anda.
2.Buat satu entry khas tentang giveaway ini bertajuk: "Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway". Jangan lupa copy paste banner giveaway dlm entry tersebut.
3.Since Mama E-ein sangaaaaaat suka pada babywearing, anda perlu upload satu gambar anda dlm aksi "babywearing" bersama anak anda, samada menggunakan ringsling, Mei Tai, pouch sling atau lain2 jenis material babywear moden atau tradisional.Upload gambar je, tak perlu story mori pasal gambar tu, unless u want to!Gambar baru atau lama2 , boleh aje!, tapi mesti anak sendiri, bukan anak orang mahupun anak patung!No limit bila tarikh anda amik gmbr tu ye?Dan juga no limit berapa umur anak anda sekarang.Janji gambar terang /clear!**Jangan lupa mention nama dan tarikh lahir anak ye..:)
4.Tinggalkan permalink/link entry tersebut pada ruangan komen dan nyatakan anda menyertai Kategori B.
5.Juri adalah rahsia (maybe seorang atau dua).Keputusan adalah muktamad!
6.Ada satu hadiah bagi kategori B iaitu jeng jeng jeng....something from Snuggbaby.com! Rasa2 ramai babywearing moms dah tau apa produk2 Snuggbaby ni kan? Dah menang nanti baru dapat tau ape dia bendanye heheh... Kasi suspens sket!

**Syarat Khas, sayugia diingatkan, anda boleh menyertai satu kategori sahaja...kalau dah masuk Kategori A, tak leh masuk dah Kategori B, dan vice versa!

Giveaway bermula dari 18 Mac 2010 sehingga 31 Mac 2010!*

*Tamat pada jam 12 midnight, 31 March 2010

Kan senang kan?

Siapa nak join,boleh gie blog ni









Layang melayang layang

DUITKU TERBANG MELAYANG MENINGGALKAN DAKU TERKAPAI-KAPAI!!



Hari Ahad lepas nak balik Kepong,stop kat traffic light FRIM tetiba kereta jadik macam tersengguk-sengguk. Dah sampai Kepong, En Halim check, exhaust ada bunyik pulek.

Tadi abah saya kol dari workshop saya selalu hantar keta,mekanik cakap dalaman engine ada problem lah, kene tukar satu set,tak boleh tukar satu-satu. Set tuh jer dah RM700! Huhuuuhu..

Sebelum tuh gie check kat tpt yang sama,mekanik cakap break shoe kat belakang kene tukar,absorber kat belakang kene tukar jugak.Itu jer dah RM300! Huwaaaaa!!! Dapat gaji buat bayar keta jer...All the parts kene order dulu. Saya takot nanti jadik macam tahun 2008,ada part kene tukar,tapi sampai 2 bulan kete saya tersadai kat workshop tuh.Sebabnye Savvy ku ituh model lama,part yang ada tak sesuai dengan kete saya. Last-last jumpa kat negeri lain. Terseksa saya time tuh,hari-hari balik sekolah,tumpang kawan and naik Komuter. Then tunggu En Halim datang jemput. Sedey betul keadaan time tuh..







Hmmm....bulan nih,budget lari giler!!!!




Monday, March 22, 2010

1st day

Selamat kembali ke sekolah...My 1st day school,ok jer,cuma hari nih ada 4 orang cikgu praktikum untuk pendidikan khas datang ke sekolah.heh heh heh,muka memang budak-budak lagi.Diorang praktikal untuk sebulan jer.Napa lah kejap sangat.Tak sempat nak buli soh buat keje.Ahahahahah.Hari ni diorang tuh berjalan-jalan lawat sekolah jer. Start esok baru diorang masuk ngaja....





Sunday, March 21, 2010

Ohhhhhhh!!!

Hari terakhir cuti sekolah.Esok dah start sekolah!


OHHHHHHHHH!!


Lawatan ke......

Istana Negara!

Alkisahnya,kitorang balik dari Muar hari Selasa lepas(15/3) dah nak sampai Istana Negara,tetiba saya plan, "Jom gi istana" So,En Halim pun gie lah..hhehehe...Plan tetiba nama nya nih...Enjoy the pix



Elok jer kitorang habis bergambar dengan kuda nih,kuda nih melepas..Huuuuu


Hannah excited tgk kuda(or abg askar tuh?)


Penjaga istana control garang

Tak habih lagi tengok kuda dari kejauhan


Berlatar belakang kan istana

My couz wedding full update

Alright,this time I want to give the full update about my couz wedding in JB. Pas Jumaat,dalam kul 3kitorang gerak ke Selatan. Singgah Muar dulu,tuka keta dengan BIL.Bawak Waja. Dalam kul 8 gerak dari Muar. Sampai Melaka kot,ujan lebat sangat. Then,sampai JB dalam kul 10. Saya rasa macam kejap jer sampai. Maybe sebab kitorang borak2 n layan movie(saya je layan,En Halim kene concentrate driving :) ) Singgah rumah makcik saya dulu. Then baru couz saya (Shahrel) bawak gi resort untuk tido..Bila dah dapat bilik,pergh,best betul.

Pandangan dari sisi katil(Sila buat2 tak nampak segala beg di atas meja tuh yer).Luas betul bilik nih.


Pandangan dari lorong


Pandangan dari pintu masuk.Tengok Hannah boleh main2 lagi. Suka lah tuh bilik luas.

Sebenarnya,couz and aunty saya keje kat sini,so dapat lah harga murah.Kalau tak,telan air liur jer la nak tido kat sini.Hehehe,rege asal RM300 per nite tuh. Pastu kitorang gi balik rumah aunty saya,tolong packing apa yang patut. Sampai kul 2 ko! Dengan Hannah sekali tido lambat. Then,sampai bilik,ZzzzzZZz..

Sabtu(13 Mac)

Hannah tido amatlah lena,tgh malam pun tak bangun2. :)


Muka budak yang bangun dalam keadaan happy :)


Gambar ini di'snap' pada pukul 8.30pagi dari tingkap bilik saya. Bila tengok diorang ni, saya pun berkata "Siapalah yang yo-yo o mandi swimming pool pagi-pagi macam nih.Tak ke sejuk?" Nak dijadikan cerita,bila kitorang turun bekfast,ropa ropanye sedara2 aku daa yang mandi tuh!Ahahahahaha.Diorang baru pas mandi,nak gi bekfast jugak.


Hannah :Saya pun nak breakfast jugak la mama Saya: Ok,nanti mama bagi roti n orange jus ek


Tengahari kitorang pun berkonvoi ke dewan.Dekat jer dgn rumah pengantin.

Before convoy,take picture first :)

Pengantin tibaaaa! Saya di belakang,tak nampak lah pulek..


Actually the bride and groom are related. The bride is my 1st couz.Her mom is my mom's sis.The groom is our 2nd cousin. His dad is my mom's n aunty's couz.(Ada paham ka?Sila jangan pening ek.Heheheh)



Dalam surau dalam kawasan dewan.


Dengan sedara(hmm..either 3rd cousin or 4th cousin,ntahla,pening..hahaha) Budak nih sergah Hannah,(bukanlah sergah apa pun,budak nih jerit jerit happy jer pun)terus Hannah nangis.Aiyo!why like that Hannah? :D



Kitorang balik dari dewan,petang.Then,sampai resort,saya pun terus menidorkan diri. Penat seh!


Saya nak mandi swimming pool nih! Jom! Yeah rite! Saya mandi bath tub jer..Hehehe(Projek ayah n anak masa saya tgh tido)


Malam,datang lagi rumah pengantin untuk upacara bukak hadiah..


Pengantin tgh bukak hadiah. Ajaib nye,takde satu pun hadiah pinggan mangkuk yang diorang dapat. Ish ish ish..baik aku bagi pinggan mangkuk kalau tau(kalau tau lah)


Kami semua(us n my parents and other relatives) balik hari Ahad tuh. Sebelum tuh singgah Kulai dulu (ehem..angah! :D ) Then kitorang tido Muar.My parents singgah gak Muar tengok besan2 nya.. :).



So,that's all folks! :)

Saturday, March 20, 2010

Akal Si Hannah Part 1

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ini adalah kerusi meja makan yang tinggi.



Lihat apa yang bakal dilakukan terhadap kerusi ini









video





Hahahah,itulah dia Hannah saya! Ada jer akal dia tuh




Hai! Saya lah yang suka panjat tuh!


Friday, March 19, 2010

Cerita yang dah lama(Tapi nak update jugak)

Sorry lah,citer nih dah lama,tapi nak update jugak...heheheh..cerita semasa CNY yang lepas...

Sabtu
Balik Muo

Ahad
Gi Gunung Ledang.Ingatkan dekat jer dari Muo ke Gunung Ledang,tapi jauh jugak rasa.Dalam 1 km nak sampai ke tpt tuh jam la pulak.Rupanye jam sebab orang nak bayar parking.biler nak masuk carik parking,mak aii! sepenuh-penuh kereta park situ.Ramainye orang gi Gunung Ledang ni!

Berjalan naik ke tempat air terjun tuh,pergh!macam pesta hapa jer. Setiap ceruk rantau tempat
tak kesah la space tu kecik ke besar ke ada je orang piknik.Pening pulak tgk orang ramai-ramai sangat ni. Bila,kitorang dah dapat port nak lepak,harusla layan perut dulu :) Bile dah kenyang,bawaklah budak kecik tuh main air. Apa lagi,suka sangat lah dia.Menjerit-jerit.











Kebosanan sebab lama sangat duduk dalam keta jam punyer pasal.


Dah jumpa port,layan perut dulu...

Intro to air..


Brrr...sejuk nye air nih!

Ayah bawak berendam




Hannah and her cousins



Sekian,terima kasih...heh heh

Tuesday, March 16, 2010

Sudah sampai

Saya sudah sampai KL from Muar. Sekarang nih singgah Kepong dulu...nanti saya transfer gamba dalam camera and update my weekend story ek..hehehe


Saturday, March 13, 2010

My couz's wedding


Preview especially for my angah..


Bersiaran dari Jay Bee..will update later..

Friday, March 12, 2010

Hanya ingin mengatakan....

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH!!

(Ditujukan kepada sesiapa yang akan bercuti seminggu...hehehehe)


Lepas solat Jumaat ni kami akan bergerak ke JB coz close couz is getting married. Tapi pagi tadi dia dah selamat nikah dah,tak sempat nak nengok future husband (now dah selamat jadik husband) lafaz akad..Harus tanya my couz ni berapa kali lafaz...hahahaha..soalan favourite saya pada sesiapa yang baru lepas akad. Esok (13/3) baru kenduri kahwin nya...




Thursday, March 11, 2010

Saya seperti terawang-awang

Kejadian berlaku pada hari semalam di bilik P.Khas:

Cikgu Z (cikgu baru datang) (Sambil melihat saya browsing blogshop baju budak)

Dah ada baby ke?

Yup

Berapa umur?

Setahun sebulan baru

Tulah,tadi saya tengok di library gambar kahwin cikgu-cikgu sekolah ni,ada gambar awak,dalam gambar macam matured,mungkin sebab mekap kan.

Owh,awak teka saya umur berapa?






Agak-agak,berapa dia teka ek?Heheheh
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


25!

Ahahahahahahahahah (yer,saya tergelak besar di situ) Syioknyer!



Di saat itu saya seperti terawang-awang..sebab cikgu Z telah meneka saya berusia lebih muda dari usia sebenar! Kalau citer kat angah saya sure dia bengang..ahahahahah






Wednesday, March 10, 2010

Free..

This week is test week,so saya quite free boleh surf internet..hahaha...tapi,ada plak pelawat nak datang skul nih..ish....






Tuesday, March 9, 2010

Si manja ayah

Lihat dan layan





































These pix were taken when En Halim just arrived home from Muar.En Halim blk kampung dia,sorang je,dgn bas. So,Ahad petang I picked him up at komuter Kepong Sentral.At first,she was sleeping.Bila jaga je,bukak mata,tgk ayah dia ada depan mata,lantas membuat aksi2 manja begini..Hai,Hannah,br 1 hari tak menatap wajah ayah dah rindu ye :-)