Saturday, October 31, 2009

Arghhh!

Arghhh! Semalam miss Nur Kasih! Before that kuar dinner,tgk jam dh 8.46pm beria suruh husband balik cepat,nak tengok Nur Kasih punyer pasal.Alih-alih bile tekan 103, "Services currently not available!!" Tensen bangat!! Apasal ntah Astro nih?tekan 102,tekan 106 pun sama.Last-last tengok citer lain..huhuhuhu.Tadi test lagi pun sama.Tapi ni kat rumah parents ok jer.Apalah yang problem.Tapi takpe,nasib boleh tgk di website tv3.Terubat jugak la kekeciwaan daku...




Thursday, October 29, 2009

Ciri-ciri pemandu jalan raya yang membuatkan aku menyampah.

Tajuk punyerla panjang..heh heh..Mari kita countdown sesama ek..(ini mengikut pandangan saya jer)




10. Yang suka on high beam walau banyak kereta on opposite side. Aduh! Silau mata lah!.




9. Suka mencilok kiri kanan, kiri kanan. Kalau silap bajet,terlanggar keta lain, kan ke dah accident.Baru padan muka.





8. Yang asyik main brek ajer. Sikit sikit brek. Sikit sikit brek.







7. Yang syiok sendiri driving yang sepatutnya pada kelajuan normal tapi ala bersiar-siar di taman bunga. Kura-kura pun lagi laju tau.




6. Jenis yang suka cucuk angin. Tapi biler overtake,bukannya nak gi terus,tapi masuk simpang. Grrrrrr!






5. Yang tak nak bagi space eventho dah mintak kebenaran bagi signal. Ntah apasal kedekut ntah.







4. Yang suka cucuk angin jugak. Padahal saya pun tgh drive laju. Ntah apa yang dikejar. (Selalu terjadi di highway)













3. Yang overtake gile-gila sampai saya terpaksa mengelak mengejut. Kalau saya teraccident?Sapo nak jawab tuh?Harus amik no plate dia.













2. Bagi signal kiri/kanan,tapi tak masuk pun mana-mana simpang. Bikin confuse ajer saya nak overtake.













1. Yang tiba-tiba potong que line tengah panjang. Hello! Orang lain pun nak cepat jugak,boleh ajer sabar beratur. Memang hangin betul!








Itulah dia senarai blacklist saya...Heh heh heh






Wednesday, October 28, 2009

Ambil lagi..

Baru tengok result PTK. Huhuhuhu dapat 3 lagi ! Biler la nak dapat 4 nih? Penat lah asyik amik peksa PTK je...Buhsan,buhsan,buhsan laa..




Monday, October 26, 2009

Finally!!

1st phase sudah, 2nd phase pun sudah..3rd phase pun dah sudah (tapi tak dan nak record).


I am now presenting....












The final phase of Hannah crawling!


Enjoy the video! Alhamdulillah..merangkak jugak dia :)






video

Nak tau tak, she is not following the normal process,dia skip-skip. Tak salah saya,normal process for a baby :

Meniarap->Menjulur->Merangkak->Duduk->Berdiri->Memanjat.

Tapi Hannah :

Meniarap->Menjulur->Duduk->Berdiri->Memanjat->Merangkak.

Macam mana tuh?Hahahaha



Saturday, October 24, 2009

Ouch!!

Semenjak dah ada dua batang gigi nih, sesi menenen kadangkala menjadi sesi yang menyakitkan. Bile tiba time nenen,dia gigit mak aii,sakit umpama pisau menghiris kulit.
(Pergh!perumpamaan tak hengat tuh! :D )











Itu baru 2 batang gigi.Belum berbatang-bantang gigi lagi...Huhuhuhuhu




Wednesday, October 21, 2009

Eh eh?Dah 9 bulan?

Alhamdulillah,anak mama ni dah 9 bulan hari ini...Let's recap apa yang dia dh pandai menginjak ke usia 9 bulan ni:

  • Dah pandai memanjat.
  • Dah boleh step sideway sikit-sikit,bile dia berdiri sambil pegang sofa di rumah Rawang(macam ketam daa :D )
  • Mulut pot pet pot pet,biler mood baik n biler menangis.
  • Kadang-kadang terkuar jugak "maa..maa" Syioknyer saya! :))
  • Masih dalam fasa merangkak...( Biler lah nak habis fasa merangkak nih Hannah..mama anxious waiting..heheheheh)

So far,itu jer yang dapat difikirkan...hehehe














Tuesday, October 20, 2009

Saya adalah sangat tidak paham

Bila saya sudah beria-ia memakai kan anak saya baju munge-munge,baju gaun yang menunjukkan bahawa beliau adalah seorang baby girl yang kiut .Tetapi,respons yang seringkali saya terima







"Lelaki ke perempuan?"


"Lelaki ke?"


"Lelaki yer?"



Dan saya pun menjawab sambil tersenyum.Tapi,dalam hati "Hish,takkanlah baby boy pakai baju bunge-bunge kot?"





Aduh! tolong la..Please look before you ask!Huhuhu..




Tak paham tak paham


Sunday, October 18, 2009

Update makan free

( Harus diingat,ini adalah entry yg baru nak di post,sedangkan draftnye dh terperap seminggu..Hahaha)


Phew...last week event asyik makan jer.hehehehe..Berkenaan dengan entry ini, kami akhirnya telah pergi ke semua rumah org kawen & open house.


Lepas jer gi Jalan Duta,kami pergi ke Shah Alam. Parents saya dah menunggu di situ dan bawak kami jumpa sedara mara. The theme was garden party. Very nice,from the wedding dais to the solemnisation dais. Sweet jer. Sempatlah bergambar atas pelamin..Then around 4pm gerak ke Nilai pulak my uncle's open house. Masa nak keluar dari rumah orang kawen tuh,kene buat pusingan sikit sebab jalan di situ sempit,kami pusing di hadapan satu rumah nih. Mak aiii grand giler! Rumah dia nih di bina ala-ala Hard Rock Cafe.Siap ada motor kat atas tuh. Then, kat sebelah tuh rumah 3 tingkat yang saya anggap macam bukan rumah.Mahligai kot.Kat pagar tuh siap ada initial SY. After a while,I thought " Ntah-ntah ini rumah ,owner Hard Rock Cafe kat KL tuh". Vintage cars,toksah cakaplah,berjenis-jenis.Motor pun sama.Pastu kereta-kereta lain yang power-power pun berderet-deret.Masa kitorang usha tuh,kereta-keretanya sedang dicuci. Satu hari pun tak habis cuci kereta-kereta dia tuh.Husband soh amik gambar,tapi saya takot.Heheheh..pak guard rumah dia usha semacam je.Kalau saya amik gambar,ntah-ntah kene tahan..hahahah.Kalau,tak,boleh saya paste sini kan..Ngeeeee....


Kesimpulannya di sini,rumah SY nih mmg grand lah. Agak-agaknye,berapa ramai lah yang duduk dalam rumah sebesar tuh ek.




Pastu ke Nilai pulak..makan lagi...Itulah aktiviti pada minggu lepas....


Kenduri di Jalan Duta-Institut Integriti


Kenduri di Shah Alam-I like the pelamin

Hannah on the pelamin during akad.Nice too.




Ayah dipijak anak!

Rawang - Seorang anak telah memijak ayahnya,di suatu tempat di Rawang pada minggu lepas. Anak itu dikatakan telah memijak ayahnya sendiri sebagai tangga untuk memudahkan dia memanjat sofa di rumah mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,tontoni video ini.











video

Sekian,saya melaporkan di kawasan kejadian.






Monday, October 12, 2009

Best ker?

Setiap kali bukak mukabuku,mesti ada tertepek kat wall saya..bila jenguk-jenguk blog,mesti ada terselit benda nie,dan komennya,best benda ni.



Tapi saya,tak pernah nak join pun...Tapi bile dok baca komen di blog yang saya jenguk-jenguk..saya pun terpikir....












Best ke main Farmville nie sampai boleh addict? Angah saya pun dok main benda nie.. :)





Kawan-kawan...(and my bro too!) Syiok ke main itu Farmville?Heheheh


Saturday, October 10, 2009

Ish ish ish budak ni!

Budak Hannah ni has discovered a new thing again. Want to know what? Watch this...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


video



This was taken on Friday nite masa kenduri tahlil. Semenjak tau panjat-panjat nih,asyik nak memaaaaaaaaaanjat ajer...Abih la nanti tangga di rumah embe nya kene letak pintu.. :D







Friday, October 9, 2009

Makan free

Hujung minggu ini adalah penuh dengan wedding and open house invitation. Esok ada 2 wedding. Satu di Shah Alam dan satu di Jalan Duta. Huhuhu sumer lain arah. Rasa nak gi dua-dua (macam tamak haloba jer..ahahahah).Then open house rumah uncle di Putra Mahkota, Nilai. Pun jauh jugak. Tapi kene gi jgk rumah uncle saya tuh. Kalau function kat rumah saya sure dia satu family datang.....On Sunday, only 1 wedding invitation so far. Tak tau la kot-kot ada last minute invitation on that day. :) Makan lagi...Hehehehehe.....








Hmmm..pastu komplen perut buncit lah,itu lah ini lah...Hahahaha









Thursday, October 8, 2009

Aktif di waktu malam

Haaaaa.....jangan pikir lain tau.. :D Alkisahnya,malam semalam si Hannah adalah sangat aktif ya amat. Kul 9 dok main-main lagi. Saya dah terbaring mengantuk. Dok menjulur ke sana ke mari la,memanjat sofa la, memanjat badan saya la,menyanyi-nyanyi la. Saya dah umpan dengan nenen pun tak layan jugok. Nenen barang sekejap,pastu bangun memanjat sofa. Saya angkat dia bagi nenen lagi, tahan la sekejap pastu bangun balik menjulur ke tempat lain. Pastu, bagi main dengan remote control tv,nyanyi- nyanyi bahasa dia sekejap,pastu dok memanjat badan saya plak. Saya tahan badan dia,jangan memanjat, berusaha dia melepaskan diri dia tuh.Huhuhu,penat jugak melayan budak kecik tuh semalam. Tiba-tiba jer jadik aktif. Petang semalam bawak dia checkup, berat dia 6.5kg jer! Naik sikit jer. Mana tak nye,tak sempat nak naik berat, dah turun sebab suka nak main je kan :). Semenjak pandai memanjat nih,asyik nak memanjat jer....Heheheh,Hannah,Hannah...



Wednesday, October 7, 2009

Nak pandai sesuatu rupenya

Ahad lepas,badan Hannah panas.Demam. Rupanye demam dia nak pandai sesuatu. Nak tau tak apa dia?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




video





Demam nak pandai memanjat rupanye..Merangkak pun belum lagi :D






Tuesday, October 6, 2009

Masa raya ari tuh..Part 2

Nie ada lagi...kuat tul tangan dia







video





Masa raya hari tuh..Part 1

Entry terlambat nak post. :)

Sila lah tatap gelagat budak nih. Sian dia kene buli :D




video










Monday, October 5, 2009

Bz week

Owh...minggu ini adalah sibuk sebab ada program "Minggu Pendidikan Khas".



So,kalau rasa ada mood nak update,saya update la.Kalau tak,tunggu next week jer la ek.. :)




Sekian terima kasih.






Saturday, October 3, 2009

Tamu dari Kulai

Petang semalam kami menerima tetamu dari Kulai,Johor (angah, you know whom I'm talking about ;) ).
Actually, the guests are my brother's friend's family. Parents saya dan adik2 saya dah gie melawat diorang ke Kulai few times ago. Saya dan husband saya lah first time berjumpa in real life dengan kawan adik saya ni. Masa tgk gambar dulu,lain rupanya. Bile jumpa semalam,cute jugak budaknya,tak kekok,banyak cakap.Saya lah yang tak banyak cakap.Hehehehe,first time jumpa saya memang tak de idea.Maknya pulak guru besau.Dari situ adalah sikit point-point saya nak borak dengan maknya.

Overall,ok lah budaknya..(sukalah angah tuh..Muahahahaha)




Haiii...tak lama lagi ke Johor lagi lah kita yer...Ngeeeee







Thursday, October 1, 2009

New progress

Actually,dah tak new sangat la.Bende nih terjadi masa 2 days before raya. Nak tau apa dia?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






She can sit by herself without support! Happy tul saya :)

Itu ajer... :)