Tajuk punyerla panjang..heh heh..Mari kita countdown sesama ek..(ini mengikut pandangan saya jer)
10. Yang suka on high beam walau banyak kereta on opposite side. Aduh! Silau mata lah!.
9. Suka mencilok kiri kanan, kiri kanan. Kalau silap bajet,terlanggar keta lain, kan ke dah accident.Baru padan muka.
8. Yang asyik main brek ajer. Sikit sikit brek. Sikit sikit brek.
7. Yang syiok sendiri driving yang sepatutnya pada kelajuan normal tapi ala bersiar-siar di taman bunga. Kura-kura pun lagi laju tau.
6. Jenis yang suka cucuk angin. Tapi biler overtake,bukannya nak gi terus,tapi masuk simpang.
Grrrrrr!5. Yang tak nak bagi space eventho dah mintak kebenaran bagi signal. Ntah apasal kedekut ntah.
4. Yang suka cucuk angin jugak. Padahal saya pun tgh drive laju. Ntah apa yang dikejar.
(Selalu terjadi di highway)3. Yang overtake gile-gila sampai saya terpaksa mengelak mengejut. Kalau saya teraccident?Sapo nak jawab tuh?Harus amik no plate dia.
2. Bagi signal kiri/kanan,tapi tak masuk pun mana-mana simpang. Bikin confuse ajer saya nak overtake.
1. Yang tiba-tiba potong que line tengah panjang. Hello! Orang lain pun nak cepat jugak,boleh ajer sabar beratur. Memang hangin betul!
Itulah dia senarai blacklist saya...Heh heh heh