Tolong kawan-kawan bagi tips macam mana nak elakkan anak daripada meminta-minta barang/makanan kat orang lain...
Hannah nie suka minta-minta la..huhuhuhu..Kalau orang tuh ada makanan,sure dia mengnedeng kat orang tuh,padahal kat ayah n mama dia ada makanan yang sama..
Macam semalam,kitorang tgh makan nasi lemak n kuih,ada 1 family kat depan kitorang makan benda yang sama,dia nak jugak mintak kat orang tuh..Kami biasakla,halang lah dia dari mintak mintak nih tapi biasakla family tuh cakap "tak pe,budak kecik,"
Sebenarnya, tak nak biasakan Hannah meminta-minta,so terpaksa tahan jer tgk dia syiok je makan nasik n kuih wife tuh.
Ada lagi,masa saya di klinik nak scan, ada satu mak orang ni dgn anak-anak dia. Anak-anak dia tgh makan junk food,si Hannah nih boleh pi mintak junk good kat budak tuh! Argghhhhh!! membara jer tgk Hannah time tuh. And, ayat biasa yang dikeluarkan oleh mak orang tuh "Tak perla,biarla,budak kecik". Masalah nye akak, saya tak nak biasakan anak saya makan junk food macam akak buat kat anak akak tuh! Huhuhu..Takkan saya nak cakap direct macam tuh depan mak budak tuh..Last-last terpaksa merelakan..Saya beli roti,tak layan tuh..Syiok betul si Hannah makan junk food... Itulah last awak makan ek Hannah,pas nih dah tak de dah
@ Telekung Siti Khadijah
3 years ago
No comments:
Post a Comment