Thursday, September 8, 2011

Sekitar Eidul Fitri 2011


















Baru ada kesempatan nak citer pasal raya saya anak beranak...


1st raya di Muo. Actually dari ari Sabtu lagi dah sampai....pas jer solat Aidilfitri,rumah dah kene serbu dengan sedara mara En Halim :) then dalam tengahari gi beraya di kg FIL di Serom. Malam sambung lagi beraya...balik rumah flat...


2nd raya gi famliy gath pulak...dekat dgn area rumah PIL...petang dah balik nak zass ke Perak pulak...tapi seperti biasa pit stop dulu di rumah saya untuk tuko keta pulak...On the way ke Perak,adik sms cakap kat kg opah ramai yg datang+tido sekali...wau...syioknye!


Sampai kg dalam kul 9.30 malam..Si Hannah suka sangat sebab ramai kawan. Kul 12 tak tido lagi. Saya ni dah terkebil-kebil tahan ngantuk. Dalam kul 2/3 pagi,adik saya kejut saya (saya tido di hall) cakap Hannah main dalam bilik air. Tengah mamai-mamai ngantuk,terkejut dengar adik saya cakap macam tuh..Rupanye,pas minum susu kat hall dengan saya,dia pi main balik(saya dah selamat tido :D) dia gi main keluar masuk bilik air.(Bilik air opah saya ada 2 pintu.Satu pintu dalam bilik depan.Satu pintu di tempat makan). So,pagi pagi orang tengah syok tido,dia main masuk kot pintu ni,keluar kot pintu tuh...Pastu,dia cuba nak main air kolah,panjat stool nak amik gayung. Seriau saya tengok. Nasib kolah tuh tinggi,dia tak boleh capai nak cedok air...Huhuhuhuhu... Dia cakap nak tukar lampin...Hannah Hannah...


Hari Jumaat siap-siap nak naik ke Tepeng pulak..sampai kul 1.Petang gi beraya rumah opismate En Halim. Then gi Port Weld(Kuala Sepetang) saja nak try mee udang yang femes tuh..


Mee Udang Mak Jah. Pergh.Penuh giler orang datang makan.Pastu kitorang gi kedai sebelah mak jah tuh. Mee Udang Pak Hashim, tak ramai orang. Order dengan budak amik order mee udang spesel dengan mee udang biasa. Yang spesel udang gadak-gadak(read: besar). Yang biasa,udangnya kecik-kecik tapi banyak. Tanya budak tuh,lama ke nak tunggu?Dia cakap tak lama. Tapi kitorang tunggu 1 jam ko! Bila rasa, biasa je mee udangnye..



Esoknye,ari Sabtu nak balik KL dah. Kengkonon nak balik awal,nak elak jam,tapi kuar kul 10pg,sebab ada tamu datang rumah makcik saya. Masuk highway Tepeng jalan smooth,tiba Simpang Pulai,amik ko traffic jam. Ada accident. So,En Halim,amik exit Bidor sampai Tapah,masuk highway,dengan harapan,tak de lah sangkut lagi. Namun,hampa. En Halim exit pulak Sungkai sampai ke Slim River. Alhamdulillah smooth...Sudahnye,3.30 sampai Kepong. 5 jam tuh!


Lepak Kepong jap,pastu gi Shah Alam,amik MIL kat rumah cousin En Halim,sebab esoknye nak gi iring pengantin ke Taman Melawati..sampai BTP kul 11 malam...Ngantuk ya amat!



Enjoy raya pix...




Hannah join rebus ketupat(malam raya)




With PIL(tengok gaya lentok Hannah)

Kisah di sebalik shot ini: Semua dah ready nak bergamba,dah ready dengan senyuman,tiba-tiba...






Budak kecik ni bangun dan berlari-larian..huhuhuhu

Haa...barulah proper



Happynye dia dapat lari-lari




Kes tunjuk perasaan tak dapat keluar dah :D




Di kg opah. Family shot



Cucu and cicit shot


That's all!




:)



1 comment:

  1. ende su dia la yang dok berkejar-kejaran dari pintu sini ke pintu sana di tengah pagi hari dengan mamainya :D

    -tun adik- :p

    ReplyDelete