Friday, November 25, 2011

Bukan tak de cerita tapi...

Sebenarnya ada jer cerita nak letak dalam ni,tapi ntahla..bile rasa nak cerita,tetiba fikiran mencadangkan "tak payahla cerita" hahahahahah


So..nie lah ceritanye... short jer la

1- Sebenarnya last week Hannah admitted wad di Hospital Selayang. Mula-mula demam jer,then sebab masa tgh demam dia tak nak makan,tak nak minum and muntah muntah pulak,air takde dalam badan. Kitorang bawak gi emergency kul 12.30 am.Nurse buat drip. Sampai kul 6.30am tak setel lagi,saya balik rmh parents siap-siap nk gi sekola and En Halim stay. Cek darah sampai 2x masa di emergency.last last kene masuk wad. Masa En Halim bgtau tuh sekolah tgh buat hari anugerah cemerlang,menangis2 mintak kebenaran kat GB nak balik.hahahahah...yerla,siapa yang tak cuak,2x cocok tapi result tak tau.

Admitted sampai 6 hari. selama 6 hari tuh la asyik kene amik darah je Hannah and kene drip, and masuk antibiotik guna drip jugak..sian tengok nyer. Platlet asyik turun. On the last day naik sikit jer. Doc just suspek denggi jer la,not to be confirmed what caused the platlet to be like that.

Next Monday ada checkup..hopefully darah dia dh ok..dia pun nak makan n minum dah sekarang. Alhamdulillah



2- Alhamdulillah, result UPSR yang lepas 2 daripada 3 budak saya lulus semua. yang sorang tuh ada sangkut 2. Tapi, takpela,saya tetap bangga dengan diorang. Walaupun tak de dapat A,tapi result diorang buat saya happy. Sesungguhnya memang mencabar nak bagi dorang paham konsep dan dapat buat ayat dengan betul. Sebab dorang tak dapat dengar, so kite tak tau apa yang diorang tau. Budak macam nih memerlukan visual untuk memahamkan diorang. Cuma terkilan sikit dengan parents diorang nak hantar anak diorang ke sekolah yang dekat nih. Padahal saya dah suggest sekolah Pendidikan Khas yang bagos siap hantarkan by hand application dorang ke jabatan..hmmm...apa nak buat,keputusan di tangan dorang...sedih sikit di situ...




3- Sekarang nih cuti sekolah. Still in Kepong..tak tau biler nak balik BTP..dah lama tinggal rumah sana..jiran pun dah tanye mana saya dah lama tak nampak...hahahahha



Ok..itu sahaja...





No comments:

Post a Comment