Semalam kitorang gi Ukhuwah Day at Taman Tasik Metropolitan. Potluck style. Sebab buat kat situ yang jadik nak join nyer...dekat. Heheheh...
Pas register carik port nak duduk apa lagi makan la,,,hahahha. Sambil sambil tuh diselangi dengan sukaneka. Eh, lupa, before sukaneka ada buat solat Dhuha berjemaah. Si Hannah pun join solat Dhuha. Memang selamba lah minah tuh. Tak takot org langsung :D
Banyak nyer makanan yang diorang bawak. Ada yang bawak brownies SR u sampai 3 papan. Karipap berjenis jenis. Apam dot dot apam tak dot dot,apa lagi ek...kuih donat kecik ada besar pun ada. Kuih bengkang,makaroni, mihun. Eh macam macam la...Main course nyer nasik kenduri/open house mcm biasa la...
Aku bawak caramel yang bukan dibuat oleh aku...hahahah..mama aku yang buat aku hanya sediakan barang sahaja...
Mula-mula MC bagitau sejarah macam mana wujudnya company Telaga Biru. Ringkasnya, mula-mula diorang kuarkan CD tapi time tuh kuat cetak rompak then diorang kuakan magazine pulak. So diorang diskus nak letak nama apa untuk magazine baru ni..antara cadangan untuk magazine ni 'fardhu ain', 'jalan kebenaran' tapi nama-nama tuh tak de komersil sgt. So, ada sorang ustaz ni suggest letakla nama 'solusi' dia bagi lah reasons. And lahirlah Solusi. Masa awal-awal Solusi ni, mmg banyak cabaran. Diorang buat 10 ribu tapi return 7 ribu. Means, tak ramai orang yang beli. Bulan kedua dan seterusnya pun macam tuh...So, orang-orang sales dah risau la sebab takot rugi kan. Tapi owner Telaga Biru tuh cakap 'Takpe, teruskan nak berdakwah kene lawan'. Maknanya, jangan menyerah kalah.
Sampai la edisi ke 7, masa book fair diorang bukak booth, org-org yang datang booth diorang semua tanyakan Solusi yang lama-lama. Akhirnya Solusi yang tak laku masa dulu habis di jual. Dan mula dari situ majalah Solusi dh orang kenal and laku. Alhamdulillah, berkat kesabaran Allah tolong kan?
Pastu ada reporter from Al-Hijrah datang. Alaaaa...adik Ally tuh. Masa tgk kat tv takdelah nampak sgt muka adik dia nih serupa dgn Ally tuh..tapi bile tgk real, serupa la muka diorang. Ally versi tinggi. Then, malam tuh kuar pasal potluck ni dalam berita diorang. Nampak la muka En Halim kuar tv time solat dhuha berjemaah tuh. Hannah pun nampak sikit jer terselit :D
Gambar gamba makanan tak snap..sebab aku dukung Haifa..Lupa lak nak soh En Halim snapkan.Then ada lucky draw.Huh, susah betul nombor aku nak naik. Ada orang tuh dapat microwave, main prize. Syiok nyer! Ada yang dapat mixer...huhuhuhu...bukan rezeki aku nak dapat hadiah lucky draw. heheheh... So kite tgk je la gamba gamba aktiviti masa semalam...
Ni masa MC tuh cerita pasal sejarah Telaga Biru
Ustaz Zahazan
Masa register dapat nih jugak..cute kan? :)
Acara sukaneka budak..lari dalam kain...Menarik! :)
Kat bawah pokok ada clown buat magik n belon
Kepenatan si kakak
Boling kelapa
Adik pun syiok tido
Antara buku-buku yang dapat masa potluck. Buku Azhar Idrus and ensiklopedia tuh jer yang aku beli. Yang Rasul in my heart tuh t-shirt.
Pastuh petang tuh kitorang gi rumah sedara kat manjalara...anaknya tunang...sambung lagi acara makan-makan...heheheh...kalau rumah makcik aku nih buat makan-makan memang datang..sebab dia masak sedap and macam-macam ada... :D