Yer...saya join lagi contest-montest nih...Syiok tau..heh heh heh..Kali nih saya join contest pasal kahwin. Contest ni organized by nuraarin. Jom,kita ramai-ramai join contest nih :) Nuraarin buat contest nih untuk untuk meraikan anniversary ibubapa dia dan juga untuk dia buat survey pasal hal-hal perkahwinan.
Soalan-soalannya:
- Apakah Tema perkahwinan
2. Hadiah kahwin paling istimewa dan kenapa?
Big portrait of me and my husband drew by my cousin. Terharu sanggup
mengambil masa untuk lukis.Saya pun tak sangka :) (Kalau upah kat CM sure mahal regenye)
3. Apakah Door gift/hadiah untuk tetamu? (yg bertunang boleh skip soalan ini, tapi kalau
ada lagi bagus)
Tetamu : Kuih bangkit bunga 3 ketul letak dalam bakul kecik
Kanak-kanak : Jelly
VIP : Kuih bangkit+kipas+pasu+sabun ada nama kitorang
4. Hantaran perkahwinan yang paling anda suka?
A bouquet of Ferrero Roche. Sayang nak makan,tapi kalau tak makan,berulat pulek :)
5. Ceritakan 3 Pengalaman manis sebelum/semasa/selepas majlis berlangsung?
a) Sebelum majlis,ramai sedara yang nak sponsor itu ini.
b) Semasa majlis,tak sangka ramainye yang datang and puji makanan
sedap and kenduri yang happening
c) Selepas majlis,kitorang kene soal selidik dengan sedara mara asal usul
pertemuan kitorang nih.Fuh,soalan memang kaw kaw punye!
Tapi,memang best and lawak!
6. Sertakan Gambar perkahwinan yg paling anda suka?
7. Saya mendambakan perkahwinan yg berunsurkan warna hijau epal kerana
warnanya yang lembut dan ceria.(Alhamdulillah,tercapai juga hasrat
saya tuh)
Cth 1: Saya mendambakan perkahwinan/pertunangan yg berunsurkan tradisi Cina kerana
saya adalah anak kacukan cina-melayu.
Cth 2 : Saya mendambakan perkahwinan/pertunangan yg berunsurkan warna biru kerana
kami suami isteri meminati warna itu
Syarat-syarat penyertaan:
- Buat 1 entry dgn tajuk 'Nuraarin: Contest Perkahwinan abadi" (utk yg kahwin) atau 'Nuraarin: Contest Pertunangan terindah (buat yg tunang), nak masuk dua2 kategori pun boleh tapi kena buat entry berbeza yer.
- Jadi follower aarin, senang sbb aarin akan update dari semasa ke semasa
- Sertakan banner di atas di entry anda.
- Sila tinggalkam link dan komen di entry ini
Hadiah Untuk pemenang:
- Ada 2 kategori maknanya ada 2 hadiah, Aarin akan tambah lagi sekiranya penyertaan mengalakkan.
- Pemenang utama berdasarkan kreativiti anda menjawap soalan no 7. (1 pemenang utk setiap kategori)
- Pemenang bertuah adalah random dan akan dicabut style lama iaitu dalam balang oleh mummy dan abah saya. (1 pemenang utk setiap kategori)
- Contest ini bermula dari 27 March hingga 27 April 2010
- Keputusan akan diumumkan pada 29 April sempena anniversary ibubapa aarin
Nota kaki:
- Kalau ada yg nak join tapi sesetengah soalan tak boleh jawab atas sbb2 tertentu, just komen dan saya akan pertimbangkan cara utk melayakkan anda..
- Soalan macam jawab tag pula kan??
Hadiah2 nya will be next entry.. Tunggu...
Alright..itu sahaja.... :)
salam kenal juga.. cantik warna hijau epal tu
ReplyDeletekat mana boleh tempah sabun yg boleh ukir nama nie @ buat sendiri??
btw..penyertaan diterima yer