Tuesday, September 29, 2009

Update Raye





Huarghhhhggh! Kejapnye dah seminggu cuti..Dah stat keje balik kan?Sebenarnya malas lagi nak stat keje.Hahahaha..So,macam mana raya korang?Syiok?Saya punya raya pun syiok jugak. Tahun lepas sambut raya berdua,this year sambut bertiga plak. :) Yang paling best si budak kecik tuh la banyak kutip duit raya.Jeles mamanya tengok :D.

Raya 1 pas sesi fotografi gie beraya di rumah sedara MIL dekat jer dengan rumah. Then,raya 2 plak gie rumah sedara FIL di Serom,then ke bandar Muar ada open house sedara MIL,my MIL la happy jumpa balik sedara,kami tak kenal sapa pung.Hahahah

This year theme -Blue.Tapi baru pasan,dinding tuh pun biru. Time tuh plak budk kecik tuh tido Aiyak! :D.


Hannah baru bangun tido.


Raya 3 siap-siap nak balik Perak pulak gi Tepeng kampung mama saya. Tapi transit Rawang dulu tukar keta. Pas isyak,gerak ke Tepeng.Sampai Tepeng kul 11.30 malam. Sempatlah celebrate birthday saya :). Nasib sampai kul 11.30, masih lagi 22 September :D



Kek yang sedap


Makcik saya buat mee nih.Pun sedap



Raya 4 pulak bawak my husband ke Kuale(read:Kuala Kangsar) sedara belah mama saya.Kemudian berjalan di Lembah Kuala Kangsar. Ingatkan nak gi Galeri Sultan Azlan Shah,tapi ujan plak. Petang tuh plak gi jalan2 di Taman Tasik Tepeng. Bawak Hannah naik feri (sebenarnya saya pun 1st time naik feri.kwang kwang kwang)



Rumah makcik di Kuale



Galeri Sultan Azlan Shah

Masjid Ubudiah



Atas feri



Raya 5 plak gie kenduri my couz. Theme colour is gold. Pastu beraya lagi di rumah sedara mara belah abah saya plak.Then terus pulang ke kampung abah saya.

Pengantin baru

Raya 6 siap-siap balik KL. Tapi jalan-jalan dulu di Pekan Teluk Intan. Gie Menara Condong Pisa Teluk Intan and beraya rumah my husband's friend. Sampai Rawang kul 9.30pm



1st time jugak gi sini.hahahah

Raya 7 gie kenduri kawen jiran depan rumah,beraya rumah kawan saya n rumah couz halim.Sampai rumah jer rumah orang kawen tuh tgh sakan berkaraoke. Sampai kul 12 malam tuh.Pening + tension betul. Dahlah nyanyi syok sendiri. Nasib lah si Hannah tido nyenyak. Dengan bunyi mercun lagi. Saya yang tak senang tido.
Itulah choronology aktiviti seminggu raya saya.
Mak ai..inilah entry saya yang paling panjang...Hahahaha


Tuesday, September 22, 2009

Ehem..ehem..sudah tambah lagi..

Tambah apa?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Oh tidak! Adakah ini betul? Saya sudah bertambah setahun lagi? 29 tahun? Huhuhuhu,sudah berada di hujung 20-an. Tahun depan sudah masuk era three o...Tapi,saya tetap merasa muda. Dan orang masih sangka saya masih awal 20-an.Awwwwww :D


Apa-apa pun,syukur Alhamdulillah,kerana masih diberi peluang untuk hidup selama 29tahun di atas muka bumi ini. Semoga saya dikurniakan kesihatan yang baik dapat menikmati hidup bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang...



Birthday saya masih lagi mood raye...Sekarang masih di Muar,akan ke Perak untuk beraya bersama family saya n menghadiri my cousin's wedding.








Monday, September 21, 2009

Lapan sudah..




(Ini adalah entry schedule)





Pejam celik pejam celik dah 8 bulan dah umur dia nih..Alhamdulillah dah ada beberapa perkembangan.





* Dah makin makin makin LASAK...Panjat sana panjat sini.


* Memang tak boleh tinggal kejap. Kadang2 terpaksa letak dalm walker,nak bagi dia senyap.

Tapi,barang sebentar jer,pastu uwaa..uwaaa...sebab dia bosan.


* Adakala suka mengomel.


*Suka meleset(menurut kata husband saya-maknanye,mengendeng-ngendeng)


*Dalam fasa ke 3 nak merangkak..angkat bontot,pastu nak angkat tangan sikit.Tak sabarnye

nak tengok dia merangkak.( I hope by the time this entry is published,dah boleh merangkak)





Bluarrghh!


Alo amoi,mana mau pegi?




Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya


SELAMAT HARI RAYA kepada kawan-kawan mama saya..Saya sekarang ni di Muar rumah atok saya...



Nak tau cerita raya selanjutnya,tunggu mama saya balik dari kampung yar :)


Babai...







Selamat Hari Raya.Ayahngah,jangan lupa pos duit raya pada Hannah tau! :)





Thursday, September 17, 2009

Lagi 15 minit

Lagi 15 minit jer...


Pastu...



CUTI!!!!


Yaayyyyy! Esok dah start cuti sekolah!!





















Ok..Selamat Hari Raya kepada kengkawan ku..Maaf Zahir Batin. Jemputlah saya ke rumah terbukak anda yar (Ceh tak malu-self invite! Muahahahah )







Wednesday, September 16, 2009

Sampainya hati si anak

Sedih hati saya bile membaca ini.


Selalu tgk terjadi dalam cerita tv jer. Semoga ia menjadi iktibar kepada saya juga. Saya berharap saya tidak melakukan dan diperlakukan seperti itu.


Minta dijauhkan....


Tolong!

Mood mengajar adalah tiada pada hari ini! Sebab baru dapat tau one of my pupils nak pindah sekolah. Dia nie joker dalam kelas..Nak pindah pas raya plak tuh.Cepat betul.




Hmmm....tolong lah mood mengajar datang...


Tuesday, September 15, 2009

Si Lembik..

Semalam, saya adalah menjadi seorang Si Lembik. Macam budak baru belajar puasa pulak. Haus ya amat. Balik je dari sekolah,terus melepek tido. Siap kira berapa jam lagi nak berbuka. Tak ke macam budak baru belajar puasa tuh? Amatlah memalukan :D Pastu,bile masuk azan jer,terus serbu air. Fresh milk HL saya belasah sampai setengah kotak. Haus gilaks! Berbuka semalam pun hanyalah seketul karipap cicah kuah kari. Hehehehehe...


Itulah kisah semalam saya....




Monday, September 14, 2009

Habis sudah....

Terlupa plak nak cerita pasal nie.Dah habis pun cerita kesukaan saya nih on last Friday.Tapi macam ralat sket la, sebabnye kejap sangat,20 episod je.I was expected the series will finished this week. Biler timbul jer perkataan 'Tamat', alaa,rasa x best la...Next time,tolong la, buat bagi panjang ek,x naklah sikit-sikit... ;)





Sunday, September 13, 2009

Menu iftar semalam (rumah je)

Walaupun tak jadik projek gathering iftar semalam,saya tetaappp membuat juga hidangan yang sepatutnya saya bawa ke rumah Pn Erma untuk my family...hehehehe,kes rajin nie...(caya kan?).






Presenting..... *drum roll*




















Daging masak rendang.Daging bukan sebarang daging.Daging rusa you alls! ;) My parents n husband said not bad.So,quite a sukses,sukses lah.Hehehe.




And for the dessert.....


*suspense music*

















Agar-agar pandanus(pandan).Tapi,because I didn't buy the green coloring,so,the below layer tak ghairah sgt warnanya..Heheheh.





Sebenarnya,ada lagi lauk2 yang lain.But, I just snapped dishes that I made.Kwang kwang kwang

Itu sahaja...sekian terima kasih... :)






P/s: My husband asks me to cook the rendang masa kat Muar.Adoyai,segan la.Baru 1st trial.Sogan lah.Heh heh heh.




Saturday, September 12, 2009

Apakan daya....

.......manusia merancang, Allah jua yang menentukan. Gathering iftar that I posted yesterday had been cancelled.Sebab,something came up for my friends at the last minute. Kalau setakat 3-4 orang je yg free,tak syiok la,bukan namanye gathering.Tak best tak cukup korum ni..Geng bergossip tak kuat. Astaghfirullah Anis,bulan puasa ni! Ok,insaf,insaf :) Bukan bergossip,cuma bertanya khabar (cover baik punya).

Jadinya,untuk pertama kali dalam sejarah,tiadalah gathering iftar untuk kami pada tahun ini.Mungkin ada hikmah disebaliknya.Takpa,we still have raya to catch up again kan? :) Haa,apa lagi Erma,kalau tak jadik nak buat di rumah ko bulan puasa ini tahun,apakata ko jadik host for raya open house sebagai gantinya? *wink wink* Aku dah jadik host raya last year..Muahahahahah




Sekian,terima kasih daun keladi








P/s: Hari nih,nak gi Ariani Kota Damansara,carik present tapi tuannya dah tau mama saya.Kena tunggu budak kecik tuh bangun dulu.


Friday, September 11, 2009

Gathering iftar

Setiap tahun saya dan gengs yang terdiri daripada Fatin, Erma,Munira,Esah,Hajar,Mc Jie *kasi glamer nama korang :D* pasti ada projek gathering iftar. Cakap jer kat mana, sure on jer.Dulu,kami jerla,sebelum kawen. Sekarang nih,dah berdouble n triple..yerla,most of us dah berfamily..Aktiviti wajib nih gathering iftar,sebab masing2 bz dengan kerja.Time ni nak catch up cerita kawan2,tgk makin berisi ke or makin kurus ke,teringat citer dulu2 ke..Syiok tau jumpa balik gengs lama. This year buat jugak iftar jugak tapi bukan di luar.Kali ni lain sket,buat pot luck.Almaklumla, dengan keadaan sekarang yang tak sesuai untuk pergi ke tempat ramai orang.Iftar kali nih buat di rumah Erma.Tarikhnye esok (12/9).Masing2 nak bawak makanan yang best. :) Saya sebenarnye x tau nak buat apa for main course ni,tapi macam nak try buat rendang.Hua hua hua..Hopefully jadik la rendang ku itu..Janganlah ada orang sakit perut ek...hahahaha








So mama....silalah..... "Tunjuk ajar ku sifu!" :)




p/s: Oh yer,HAPPY BIRTHDAY to my best friend Pn Fatin aka Mommy Dania! Moga panjang umur dan murah rezeki yar... :) sorry terlupa,nie pun edit balik post ni :)


Thursday, September 10, 2009

Happy Birthday

To my dear MAMA!!


56 years old...But still look young...eheheheh


Moga dikurniakan kesihatan yang baik...


Mmmmmuahssss!



Hmmm...apa ek nak bagi present nih... *pikir sambil menggaru hidung*










Wednesday, September 9, 2009

Sekali jer datang

Tarikh hari ani memang cantik..sekali jer datang.Bak kata Pn Fatin,nasib bulan Ramadhan,kalau tak,sure ada orang buat akad nikah ari nih. :) Kenduri boleh dipostpone biler2.Ngeh ngeh ngeh..


Tapi,20/09/2009 pun lawa jugak.Tapi 1st raya,sure tak de siapa nak datang kenduri dia,orang sibuk beraya,gi semayang raya..hehehehe








P/s: Hari ni jugak last day mama saya kerja,start tomorrow she will be joining my father's club-
Kelab berpencen :)


Tuesday, September 8, 2009

Keputusannya...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Keputusannya...saya akan berhari raya di Muar.Balik lepas Jumaat sampai raya ke 3 then ke Perak.







Sekian,laporan balik-kg-saya-pada-tahun-ini.








P/s: Psssst....mama saya ada bagitahu,dia sebenarnya tak kesah,saya nak raya mana pun.Maknanya,kalau raya pertama tak kesah di Muar.Tapi,benda nih tak boleh bagitau husband saya,sure every year dia nak ke Muar je..Shhhh...jangan bagitau husband saya tau! :D (siap guna smallest font nih) Muahahahaha...









Monday, September 7, 2009

Pagi ahad yang lalu

...........saya tengah syiok tido.Tiba-tiba...'Dum dam dum dam' bunyi hujan timpa atap rumah.Punyerla kuat macam nak tercabut atap.Saya terus terbangun terkejut.Tengok jam kul 1am. Husband plak tengah tgk tennis.Pastu,lampu di dapur pulak on off on off. Kemudian,nampak percikan bunga api di luar rumah.Takkan awal-awal pagi budak main bunga api kot? Rupanye it came from the electric cable in front of my daughter's babysitter.Huish,cuak betul.Pastu,lampu kat dapo buat lagi on off.Saya terus switched off the plug points. Cuak siot! Dalam hati dah pikir lain dah,kalaulah apa-apa terjadik,kebakaran ke,apa yang saya nak bawak kuar(besides my daughter)..Hehehe. Babysitter anak saya dah report kat TNB,tapi semalam tak nampak pulak lori TNB datang..Tapi memang lah saspen.Nak sambung tido balik pun tak tenang dah...





Friday, September 4, 2009

Cinta Sempurna


Start bulan Ramadhan nie,saya dok follow cerita nie di Astro Oasis. Menggunakan theme song Yuna 'Cinta Sempurna',mengisahkan pengalaman sebenar seorang ustaz tentang sebuah keluarga kaya.Anak-anaknya(Shila dan Najib) 12 tahun duduk di UK,bila balik Malaysia untuk bercuti,diorang tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang sepatutnya. Parents diorang dah panggil ramai ustaz dan ustazah,tapi semua diperlekehkan oleh anak-anak ini. Shila dan Najib ni mempunyai pemikiran Religious Skeptism terhadap Islam. Satu hari,parents Shila dan Najib ni memanggil seorang ustaz muda untuk menolong mereka.Pada awal pertemuan,banyak konflik terjadi antara Shila dan ustaz muda nih.Lama-kelamaan Shila ni dah boleh terima ustaz muda ni. Cerita nih memang best.Tapi yang tak bestnya, 30 minit jer.Nak-nak bila episod tengah best,ada konflik,tiba-tiba muncul 'Bersambung'..Huhuhuhu..Tahniah kepada para pelakon yang berjaya menghayati watak dengan berkesan,especially Tunku Tiara.Slang UK dia bagos.Fizo Omar,hmm..kureng sket, especially bila dia speaking,tak menunjukkan slang UK.
Cerita nie start at 3pm every Monday-Friday.Repeat at 10pm.Husband saya pun terjebak jugak melayan cerita nih..heh heh


Sekian,review dari saya.. :)


Superman

Awwww...cutenyer! Dengar di HotFM best plak lagu nih..






P/s : Oh yer,selamat bercuti pada ari Isnin sesiapa yang keje di Selangor ;)


Tuesday, September 1, 2009

Yaaaayyy!

On update about baju raye saya n Hannah.. Yaaaayyyyy!! Sempat jugak makcik tuh siapkan baju raye kami.Alhamdulillah,1st raya nanti boleh sedondon dengan anakku.Happynye saya! :)

Misi pencarian baju2 raya untuk husband and in laws sudah terlaksana.Hari Ahad pergi Jalan TAR (bab berjalan suka sangat) Pergi awal sket tak panas dan tak ramai orang. Alhamdulillah,senang jer carik baju2 diorang nih.Especially baju ibu mertuaku.Year before,abih Jalan TAR n Jalan Masjid India tuh kitorang tawaf,akhirnye dapat jugak beli baju saiz ibu mertuaku.Punyerla susah nye mencarik.Almaklumlah,ibu mertuaku nih cute mute,saiz S pun besar bagi dia.Last Sunday,terjumpa sat baju ni saiz SS terus ku rembat..Heheheheheh..

Bile nak balik,tgk jalan seberang,mak aiii, jem stat b4 flyover sampai naik ke flyover, kereta berderet-deret nak je Jalan TAR.NAsib kuar awal....