En Halim and I decided to go to Hospital Selayang for further checkup sebab Hannah asyik muntah jer. Masuk apa sahaja pun kuar balik. We all sampai hospital dalam kul 6. Selepas di soal siasat oleh doc yang bertugas,the doc decided that Hannah kene buat IV drip. Which means Hannah kene cucuk untuk amik darah! Huhuhuhu, time M.A tue tgh prepare everything dia tak nangis lagi. Bile time dia cocok...Uwaaaaaaaa!!!! nangis yang jenis mendayu tuh..sedih jer saya tgk. En Halim lagi lah selamat duduk kat luar,tak nak tengok.
Then,tunggu tempat pulak untuk buat drip tuh sebab penuh pulak dengan patients. Actually kitorang dapat bilik athma untuk buat IV drip Hannah tuh, katil tarak,so duduk atas kerusi. Hannah dengan badan lembik,muka monyok ngantuk,tertido atas kerusi tuh. M.A kat area athma room tuh sian tgk Hannah terbaring atas kerusi,dia bawak kitorang kat wad sebelah,ada katil,selesa sikit Hannah tido. Masa nih merengek ajer dia. Nak memerap.
Lama jugak lah proses drip Hannah tuh. Kul 9 lebih baru setel. Masa nak tunggu En Halim kat lobi hospital, terdengar ada orang tanya pasal Din Beramboi. Baca newspaper hari ni,rupanye dia dah 4 hari dok Hospital Selayang tuh. Sampai rumah kul 10. Pergh! lama betul. Malam-malam,badan Hannah panas betul. Tak lena dia tido.
Update untuk hari ni, Hannah dah boleh nak masuk susu dan makanan sikit-sikit,tak muntah. Hari ni En Halim cuti. Saya pulak ada lawatan bawak budak ke Aquaria. Tiap 1-2 jam saya kol rumah Kepong tanya pasal Hannah. Alhamdulillah dia impruving. Dah boleh senyum,jerit,jalan-jalan sikit. Tapi dia dah kene cirit pulak dah.
Mencabar betul Hannah demam kali ni,badan lembik,tak de mood,merengek,memerap jer.
Nantilah,bile ada time,saya update dengan gambar masa dia di Hospital Selayang.
@ Telekung Siti Khadijah
3 years ago